in

“Selamat malam” – Ucapan Terakhir Goo Hara Sebelum Ditemui Akibat Depression & Ini Cubaan Kedua?

Goohara4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas pemergian Sulli, industri hiburan Korea sekali lagi digemparkan dengan berita kematian bekas anggota kumpulan Kpop KARA, Goo Hara yang dikatakan bunuh diri.


Dia ditemui tak bernyawa di kediamannya di kawasan Cheongnam, Seoul, semalam (24/11/2019) sekitar pukul 6 petang waktu tempatan.

Difahamkan, penyanyi 28 tahun ini baru sahaja menamatkan konsert jelajahnya “HARA Zepp Tour 2019 -Hello-” di Jepun pada 14 hingga 19 November lalu.

Malah dia juga baru sahaja melancarkan album baru berjudul Midnight Queen pada 13 November 2019 yang lalu.

Beberapa hari selepas dia pulang ke tanah airnya di Korea Selatan 19 November lepas, berita kematiannya mengejutkan orang ramai, Goo Hara ditemui tidak bernafas oleh rakannya di rumah.

 

Selamat malam”

Goohara
Sumber : instagram

Malah sebelum ini, Goo Hara ada muat naik post  di Instagram foto dia selfie sebelum tidur dengan satu ucapan terakhir beberapa hari sebelum kejadian ini.

Gambar dengan ucapan “Selamat malam” itu ternyata telah menarik perhatian orang ramai. Ini kerana sebelum kejadian ini berlaku ada salah seorang kenalan Goo Hara menjelaskan bahawa dia sekarang ni merasa kesepian.

Malah menurut Tribunnews, dia sebelum ini pernah mengalami depresi yang begitu teruk. Pada 26 Mei lalu, Goo Hara pernah dikejarkan ke hospital setelah ditemui tidak menyedari di rumah, waktu itu dia ditemui oleh pengurusnya.

 

Pernah cuba bunuh diri tapi berjaya diselamatkan

Waktu itu, dia sempat update Instagram dengan menulis Goodbye, perkongsian itu telah membuatkan pengurusnya rasa tak sedap hati.

Ketika pengurus cuba menghubunginya, Goo Hara tak angkat panggilan tersebut lalu bergegas ke rumah Goo Hara. Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik yang penuh asap.

Masa Goo Hara dikejarkan ke hospital berhampiran itu lah pengurusnya menjelaskan kepada media tempatan di negara tersebut bahawa Goo Hara sedang mengalami depresi.

Tanda-tanda kemurungan terhadap artis itu pun memang extreme, itu sebablah bila pengurus ada nampak Goo Hara update pelik-pelik dekat media sosial, boleh mencetuskan kebimbangan agensi pengurusannya, dia dapat hidu yang Goo Hara ni cuba nak bunuh diri.

“Saya menyedari hal itu dan dia berada di dalam pemantauan. Itu sebab lah bila dia tak jawab masa dihubungi, saya bergegas dan temui dia dah pengsan kat rumah”

Malah salah seorang kenalan Goo Hara juga ada kongsikan yang dia sekarang ni tengah kesepian ketika mempromosikan albumnya di Jepun dan Korea sepanjang tahun 2019 ni.

Ini kerana dia sekarang tidak terikat dengan mana-mana kontrak dari agensi. Saat Goo Hara ditemui mati dirumahnya, saksi terus menghubungi pihak polis.

 

Baca : “Dulu Sulli, sekarang Goo Hara”- Hilang 2 Sahabat Dalam Setahun, Peminat Kini Risau Keadaan Pelakon Hotel Del Luna, IU

Iu

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.