in

Kantoi Curang Dengan Wanita Lain, Lelaki Jatuh Dari Tingkat 3 Kerana Lari Dari GF

Takut Kantoi Gf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila terdesak, macam-macam perkara dilakukan.


Seorang lelaki terjatuh daripada tingkat 3 ketika dalam cubaan lari daripada teman wanita kerana takut terkantoi sedang bersama wanita lain.

Dalam laporan Kosmo!, insiden tersebut berlaku di lorong belakang deretan rumah kedai, Jalan SBC 3, Batu Caves, semalam.

Sri Batu Caves Jalan Sbc Batu Caves 4270022680005112929
Gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat aduan daripada orang awam yang menjumpai seorang lelaki dalam keadaan tertiarap sekitar pukul 6.30 petang.

Hasil siasatan mendapati mangsa yang merupakan seorang lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang dalam perjalanan berjumpa kenalan wanitanya di tingkat tiga bangunan rumah kedai tersebut.

“Semasa mangsa berada di dalam rumah tersebut, teman wanita mangsa turut ke rumah tersebut untuk mencari mangsa.

Mangsa yang cuba melarikan diri melalui tingkap belakang rumah telah terjatuh dan kini berada dalam keadaan kritikal,” katanya.

Mangsa kini ditempatkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Selayang untuk menerima rawatan dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Pihak polis meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Irwan Mohamad di talian 019-5712477 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

Baca: Kantoi Berdua-duaan Dengan Wanita Lain, Suami Pandu Kereta Rempuh Isteri

Suami Curang Rempuh Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.