in

8 Lokasi Cendol Tumpuan Ramai di Sekitar Lembah Klang

Chendol 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kredit imej kanan: themalaymailonline 


Cendol memang sangat mudah dijumpai di mana mana sahaja. Tepi jalan, bawah jambatan atau di kawasan perumahan, tekak anda pasti inginkan sesuatu yang sejuk ketika cuaca panas kan? Well, jom tengok 8 lokasi cendol tumpuan ramai yang anda perlu tahu di sekitar Lembah Klang! Siapa tahu tiba tiba tekak teringin cendol, so dah tau mana nak dituju 😀

 

1. Rojak & Cendol Shah Alam

Shah0

Cendol ini dipenuhi ramai semenjadi menjadi viral di Facebook, orang ramai sanggup beratur panjang untuk merasa cendol di sini. Menurut pemilik, mereka menggunakan santan sawit yang lebih sedap dan segar daripada santan kelapa. Selain cendol durian, anda boleh juga cuba cendol yang diletakkan pelbagai jenis toppings termasuklah cereal kegemaran anda!

Lokasi: No 02, Medan Selera Delima, Seksyen 24 40300 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 6PM hingga habis. Ditutup pada hari Isnin

Shah1 Shah2

 

 

2. Cendol & Rojak Mustaffa, Seksyen 17 Petaling Jaya

Pj
Kredit: sakhti

Popular dalam kalangan penduduk di Petaling Jaya, kebanyakannya datang untuk membungkus. Disebabkan tempat duduk sangat terhad, ada yang sanggup makan sambil berdiri.

Lokasi: Jalan 17/41a, Seksyen 17 46400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: 12 tengahari hingga 5pm

Pj1
Kredit: alia zainal
Pj2
kredit: jue wern

 

 

3. Cendol Wahab

Wahab

Terkenal sejak 1986, selain menjual pelbagai jenis cendol, makanan seperti kuey teow, mee rojak dan mee kari di sini juga diminati ramai pelanggannya.

Lokasi: No. 43, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, 53300 Setapak, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 10AM hingga 12AM

Wahab1

 

[sociallocker id=1666]

4.  Khan Cendol

Khan

Terletak di Taman Melawati, pelbagai jenis cendol boleh dipilih selain cendol pulut dan durian. Menjadi pilihan ramai kerana harganya yang berpatutan.

Lokasi: Khan Cendol Anjung Melawati, Jalan Taman Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 11AM hingga 7PM

Khan2

 

5. Sulaiman’s Famous Cendol and Rojak

Pudu

Walaupun terletak di Kuala Lumpur, cendol di sini dijual dengan harga yang murah. Selain cendol, anda juga boleh dapatkan air kelapa di sini.

Lokasi: Restoran M.S.S Maju, off Jalan Pudu 55100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 8.30AM hingga 5PM

Pudu1

Pudu2

[/sociallocker]

 

6. Cendol & Rojak 786 @ Taman Bahagia

Taman2

Tidak susah untuk cari cendol ini, terletak berhadapan dengan LRT Taman Bahagia. Tempat duduk disediakan di bawah pokok, anda akan berasa selesa dengan suasana yang kurang sesak kerana ia terletak berdekatan kawasan perumahan.

Lokasi: Berhadapan LRT Taman Bahagia, SS2 47300 Petaling Jaya

Waktu operasi: 1pm hingga 5pm

Taman1 Taman3

 

 

7. Uncle Cendol

Uncle

Antara cendol yang dijual adalah cendol nata de coco dan cendol attap seed. Bukan hanya cendol, pelbagai jenis makanan boleh di pilih untuk di makan bersama cendol yang anda order! Tidak semurah cendol di tepi jalan tetapi berbaloi dengan keselesaan tempat duduk dan berhawa dingin.

Lokasi: Brem Mall, Jalan Kepong, Jinjang Selatan 52000, Kepong, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10AM hingga 11PM

Uncle1 Uncle3

 

 

8. Penang Road Famous TeoChew Chendul 

Penang

Satu kelebihan cendol ini kerana ia mempunyai banyak cawangan tidak hanya tertumpu di satu kawasan. Mudah bagi anda untuk dapatkan di cawangan yang berdekatan dengan anda. Selain cendol, pelbagai makanan seperti laksa, mee kari dan rojak penang anda boleh cuba di sini.

Lokasi : Mempunyai banyak cawangan. Boleh check di sini 

Waktu operasi: 10AM hingga 10PM

Penang4 Penang6

 

 

Kalau rasa teringin atau tekak kering tu, boleh lah serbu salah satu (atau semua) lokasi tumpuan cendol ni. Hehe

Giphy Originals Yes Okay Ok Thumbs Up

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.