in

7 Serum Terbaik, Rahsia Kulit Muka Flawless

Page Mekap 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas dah raya ni muka pastinya jadi sedikit kusam sebab banyak pakai mekap serta tak jaga makan. Mana taknya, siapa dapat tahan godaan juadah raya macam rendang kan?


Korang pastinya dah maklum kalau nak muka yang cantik perlulah dari luar dan dalam. Tapi pada kali ni, apa kata admin nak saji korang dengan 7 serum terbaik, rahsia kulit muka flawless.

 

1. Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum

Op
sumber: blog

Peminat brand ni memberikan rating yang tinggi serta mengatakan ini adalah “best serum ever“. Apa yang best tu ye? Daripada nama je kita dah tau serum ni sesuai dan bagus untuk korang yang ada kulit berminyak dan juga ada masalah berjerawat.

Kalau pakai ni, ianya dapat mengurangkan dan menghapuskan jerawat serta mengurangkan kilauan pada wajah akibat minyak berlebihan. Sambil itu, serum ini boleh mengecilkan liang pori jugak. Terbaik!

 

2. Avene Hydrance Optimale Hydrating Serum 

Avene Hydrance Optimale Hydrating Serum
sumber: blog

Jenama yang mudah untuk didapati di drugstore ini mendapat recommendation ramai terutamanya bagi mereka yang menghadapi masalah kulit sensitif, alergik dan sebagainya.

Sememangnya ini adalah serum yang bagus untuk dipakai kalau orang ada masalah kulit tersebut. Serum ni dapat membantu mengurangkan masalah kulit sensitif dengan memberikan kelembapan yang secukupnya pada kulit.

 

3. Clinelle Caviar Gold Firming Serum

Dsc02686
sumber: blog

Mengalami masalah kulit berkedut? Jangan risau, serum jenama Clinelle ni pastinya boleh digunakan terutamanya untuk korang yang dah mencecah umur 30 tahun dan ke atas.

Yang bestnya serum ni, ia bukan setakat mengurangkan, malah menghilangkan kedutan dan menjadikan kulit muka korang lebih anjal serta turut boleh mencerahkan tona kulit dan mengurangkan age spots.

 

4. It’s Skin Power 10 Formula VC Effector

Its Skin Power 10 Formula Vc Effector 3
sumber: blog

Jenama ini bukanlah selalu dengar atau boleh didapati di drugstore, tapi berbaloi untuk dibeli dan diguna oleh korang terutamanya yang sukakan dengan K-Beauty dan inginkan muka smooth and flawless. Gitewww…

Jenama It’s Skin mengeluarkan pelbagai serum untuk macam-macam masalah kulit. Tapi antara semua tu, VC Effector paling dapat banyak review yang bagus sebab kandungan vitamin C dan ekstrak teh hijau dalamnya dapat melembutkan dan mencerahkan parut dan dark spots.

 

5. Mario Badescu Peptide Renewal Serum

22
sumber: blog

Jenama ini memang sedikit mahal tapi sering menjadi pujaan ramai kerana keberkesanannya dalam melawan masalah kulit kering. Kira serum ni dapat bekalkan hydration yang diperlukan kulit.

Kandungan seperti peptides dan bahan botanika lain macam ekstrak chamomile, yarrow dan aloe vera membekalkan kelembapan yang secukupnya pada wajah. Bahan lain seperti white willow bark pula dapat membantu menambah seri bagi kulit muka yang kusam.

 

6. COSRX BHA Summer Pore Minish Serum

sumber: youtube

Tak bestkan kalau ada pori besar macam kulit limau? So, apa kata guna COSRX BHA Summer Pore Minish Serum kerana kandungan ekstrak white willow sebanyak 80% dan ekstrak gandum di dalamnya dapat memberikan perlindungan pada kulit.

Bukan sekadar mengecilkan pori-pori, serum ini juga boleh buang sel kulit mati dan mengimbangkan tahap kelembapan kulit supaya sentiasa sihat dan lembut.

 

7. Eucerin Dermo Purifyer Concentrate Serum

Ft
sumber: blog

Diformulasikan khas untuk kulit muka yang berminyak dan senang berjerawat, serum jenama Eucerin ini memang mendapat recommendation oleh ramai orang yang dah memakainya.

Dengan gandingan bahan seperti lactic acid dan anti bacterial decandiol ianya dapat membantu membasmi masalah jerawat. Serum ini pun cepat menyerap ke dalam kulit, menjadikan kulit muka flawless tanpa minyak yang berlebihan pada kulit wajah.

Apa masalah kulit yang korang hadapi sekarang? Bolehlah cuba serum yang disebutkan ini bagi mendapatkan kulit flawless dan sentiasa berseri. Tapi ingat ye, semuanya bergantung kepada kulit masing-masing dan keserasian dengan produk tersebut.

Nanti dah cuba, bagilah feedback!

Baca: 10 Moisturiser Terbaik Bawah RM60 Untuk Orang Malaysia Yang Mempunyai Kulit Kering

Cream

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.