in

6 Salah Laku Selalu Jadi Kat Kedai Mamak Tapi Sebenarnya Salah Di Sisi Undang-Undang

Salahke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kat Malaysia ni banyak sangat kedai mamak dan memang ramai yang suka lepak sini. Kalau dah order teh tarik kaw pekena dengan roti canai dua biji, boleh bersembang sampai berjam-jam kat situ beb!


Tapi admin sure punyalah mesti ramai tak tahu sebenarnya ada few perkara yang berlaku kat kedai mamak ni sebenarnya salah disisi undang-undang. Jeng jeng jeng! So ni ada enam salah laku yang selalu jadi kat kedai mamak tapi sebenarnya menyalahi undang-undang:

 

1. Buat bising 

Uish ni boleh buat cuak ni! Bila dah bersembang tu sometimes kita tak sedar suara kita kuat sangat sampai menggangu orang awam yang ada kat sekeliling. Kadang-kadang ada jugak yang pernah gaduh bising-bising sampai tahap bertumbuk. Ni boleh kena denda tahu tak?

  • Undang-undang: Seksyen 268 Kanun Keseksaan
  • “Individu yang disabitkan atas kesalahan gangguan awam yang menyebabkan kecederaan, bahaya dan gangguan kepada orang awam atau mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada orang awam.”
  • Denda: Penalti am di bawah Seksyen 290 sebanyak RM400

Giphy 19

 

2. Meludah

Kalau bukan kat kedai mamak sekalipun, tolong la admin merayu dengan sesiapa yang suka buat ni please jangan meludah kat mana-mana pun ye. Kesian kat orang lain yang tengah makan, terus tak lalu. Bukan je kotor, tapi boleh kena denda tau!

  • Undang-undang: Seksyen 15 (1) (d) Akta Kesalahan Kecil 1955
  • “Mana-mana individu di kedai kopi, kedai makan, premis sekolah atau tempat-tempat awam seperti perhentian bas, boleh dikenakan denda.”
  • Denda: Tidak lebih RM100

Meludah

 

3. Dengar muzik kuat-kuat

Ni common la ni kan. Memang kalau kat kedai mamak tu mesti ada bukak lagu kuat-kuat punya. Belum masuk time dia pasang filem hindustan atau perlawanan bola sepak kat skrin besar tu lagi, memang akan dengar sampai perumahan sebelah.

  • Undang-undang: Seksyen 13 (1) (c) Akta Kesalahan Kecil 1955
  • “Memasang pembesar suara tanpa wayar atau apa-apa instrument lain yang mengeluarkan bunyi atau muzik yang kuat dan menyebabkan gangguan kepada pelanggan lain di kawasan itu.”
  • Denda: RM100

Giphy 2 4

 

4. Buka kedai tempat parking

Sebab punyalah ramai yang lepak kedai mamak ni lepas tu tak balik-balik walaupun dah dua jam habis makan, selalunya Bos akan letak meja banyak-banyak kat luar kedai sampai masuk kawasan parking. Ni sebenarnya salah tau. So korang kalau nak pilih seat nanti better masuk belah dalam-dalam okay.

  • Undang-undang A: Seksyen 9 (10) Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974 (SDB)
  • “Tidak ada seorang pun yang boleh mendirikan atau menyelenggara apa-apa halangan di mana-mana jalan dan pihak berkuasa boleh mengangkut sekiranya berlaku situasi seperti ini.”
  • Denda A: Penalti am sehingga RM2000 berserta kos mengangkut halangan
  • Undang-undang B: Seksyen 46 Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974
  • “Mana-mana individu yang membina, mendirikan, menubuhkan atau menyelenggarakan apa-apa dinding, pagar, rel atau halangan lain di mana-mana tempat awam boleh disabit kesalahan menyebabkan sekatan..”
  • Denda B: RM500 (RM1000 untuk kesalahan berulang)
Tinjauan Restoran Di Parkir Kereta.transformed
sumber: nst

 

5. Buang sampah merata-rata

Ni bukan setakat kedai mamak je tapi kat mana-mana pun ada sebenarnya. Korang pernah nampak tak orang yang selamba je buang sampah ingat orang tak nampak? Tu satu salah laku tau dan polis boleh tangkap pesalah tanpa waran.

  • Undang-undang: Seksyen 47 Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974
  • Undang-undang pasal buang sampah kat Malaysia ni berjela-jela panjang dia sebab merangkumi banyak situasi dan jenis-jenis sampah. But basically buang sampah merata ni memang satu kesalahan kat negara kita.
  • Denda: RM500 (RM1000 untuk kesalahan berulang)

Sampah 1

 

6. Double parking

Pengunjung kedai mamak ni kalau berkumpul boleh jadi satu kampung. So tak hairan lah kalau ramai yang double park sebab tempat letak kereta tak cukup. Pihak berkuasa actually boleh clamp atau tarik kereta kalau korang parking tu sampai menyekat pengguna jalan raya yang lain.

  • Undang-undang: Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987
  • “Sekiranya mana-mana pemandu kenderaan yang menyebabkan bahaya, halangan atau ketidakselesaan kepada pengguna jalan atau lalu lintas yang lain, anda boleh disabitkan kesalahan.”
  • Denda: RM1000 hingga RM5000 atau sekurang-kurangnya penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali
Doubleparking 1
sumber: blog

Haa, nampak macam selalu orang buat tak? Macam benda simple je kan tapi all these things sebenarnya satu kesalahan disisi undang-undang negara kita tau! Dan ni tak terbatas kepada kedai mamak je tapi merangkumi semua kesalahan yang dibuat di tempat awam.

Baca: Kedai Mamak Selamat Untuk Pelajar Bersosial, Boleh Kurangkan Kes Khalwat Berlaku

Asdas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.