in

6 Produk Farmasi Untuk Cegah HFMD

Page Hfmd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyakit tangan, kaki dan mulut atau HFMD kini dah semakin merebak dekat negara kita dan ibu bapa sudah semakin resah nak melindungi anak-anak kecil mereka.


Tapi kan sebenarnya kalau nak tau orang dewasa pun tak dapat lari dari penyakit ni. Jadi amat penting untuk korang mengambil langkah pencegahan sebelum menyesal. Jadi selain menjaga kebersihan diri dan sekeliling, admin nak senaraikan 6 produk farmasi untuk membantu mencegah HFMD berdasarkan perkongsian Royale Pharma.

 

1. Dettol Anti Bacterial Wet Wipes

E1
sumber: amazon

Seperti yang dah diuar-uarkan, antara langkah pencegahan penyakit ini adalah dengan memastikan kebersihan diri terutamanya kebersihan tangan sebelum menyedia dan mengendalikan makanan serta sebelum makan. Jadi, tisu basah Dettol boleh memudahkan penggunaan terutamanya jika berada di luar.

 

2. Euky Bear Hand Sanitiser

E2
sumber: blog

Dengan jaminan membunuh 99.9% kuman, bukan setakat boleh digunakan dekat tangan, hand sanitiser ni jugak boleh digunakan dekat permukaan lain macam bilik air, dapur dan juga kawasan outdoor. Bau dia wangi dan tidak mempunyai kandungan alkohol.

 

3. Safercare Plus Hand Sanitiser

R
sumber: facebook

Kalau nak lebih jimat sebab nak digunakan oleh seisi keluarga, boleh gunakan produk ni. Juga terbukti dapat membunuh 99.99% bacteria dan virus berbahaya, produk ini tak melekit apabila dipakai pada tangan. Selain itu, Safercare ni pun tak merosakkan tangan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

4. Orang Utan Anti-Bac Cleaning Water & Orang Utan Outdoor Cleaning Water

E4
sumber: facebook

Produk yang ni pulak boleh digunakan untuk membersihkan apa-apa permukaan macam dekat meja makan, pemegang troli, kerusi baby, permainan kanak-kanak dan macam-macam lagi yang diperlukan bagi melindungi diri korang dan keluarga. Penggunaannya senang je, cuma spray dan lap guna kertas tisu atau kain kering.

 

5. Gengigel Gingival Spray & Aftamed Oral Spray

E6
sumber: facebook

Kedua-dua produk mempunyai tujuan yang sama dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak. Cara guna ialah spray je dekat dalam mulut bila ada tanda ulser nak tumbuh bagi mengurangkan rasa sakit dan bengkak. Tapi of course, make sure pergi jumpa doktor dalam kadar yang segera bagi mendapatkan rawatan.

E7
sumber: facebook

 

6. Esentiel Soothing Lotion & Esentiel Cooling Lotion

E8
sumber: carousell

Bagi mengurangkan kegatalan, bolehlah menggunakan salah satu daripada produk ni. Ia boleh digunakan oleh orang dewasa dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak. Jadi, ibu bapa tak payah risau untuk menggunakan ni ye.

E9
sumber: blog

Pada masa ni, ibu bapa memang kena lebih prihatin dengan kebersihan anak, sekeliling dan jugak diri sendiri bagi mencegah daripada jangkitan HFMD. Walau bagaimanapun, sekiranya ahli keluarga terkena juga penyakit ni, pastikan berjumpa dengan doktor bertauliah untuk mendapatkan rawatan dan nasihat serta kuarantin pesakit supaya penyakit itu tidak semakin merebak.

Mommies and daddies, take note ya!

Baca: Tips Jadi Ibu Bapa Hebat Dari Dr Sheikh Muszaphar

Page Sm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.