6 Pelajar Suspek Kes Buli MRSM Di Kuala Kangsar Ditahan Polis Untuk Siasatan Lanjut

Tambah ke Sumber Pilihan
6 Pelajar Suspek Kes Buli MRSM Di Kuala Kangsar Ditahan Polis Untuk Siasatan Lanjut

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memperlihatkan sekumpulan pelajar lelaki di sebuah sekolah berasrama penuh membuli dan memukul seorang pelajar lelaki yang lain.

Menurut sumber terkini, enam pelajar yang juga suspek kes buli tersebut telah ditahan polis pada malam tadi, kata Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid.


https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1469323415488110600

Difahamkan, empat pelajar ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, antara pukul 6 hingga 7 petang. Manakala lagi dua suspek ditahan pada malam hari yang sama.

Siasatan awal yang dilakukan mendapati kejadian itu berlaku semalam antara pukul 1 hingga 2 pagi melibatkan tujuh suspek remaja dan seorang mangsa”, jelas beliau.

Untuk rekod, kesemua pelajar yang ditahan berusia 13 tahun dan akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Difahamkan, pemilik akaun media sosial yang menularkan video tersebut turut dipanggil untuk membantu siasatan.

Sumber: FMT

BACA: Viral Video Pelajar Ditumbuk Rakan Dalam Asrama, Netizen Mahu ‘Pembuli’ Diambil Tindakan Segera

Capture 6

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Hafiz Ahmad
Lagi tulisan Hafiz
Penggemar ayam 4Fingers.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

6 Pelajar Suspek Kes Buli MRSM Di Kuala Kangsar Ditahan Polis Untuk Siasatan Lanjut
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/6-pelajar-suspek-kes-buli-mrsm-di-kuala-kangsar-ditahan-polis-untuk-siasatan-lanjut/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM