Warden sepenuh masa yang terdiri daripada golongan bekas tentera bakal melaporkan diri di lapan cawangan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang terpilih termasuk MRSM Muar bermula 1 Julai ini.
Kata pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ia bertujuan bagi membendung kes-kes buli selain daripada meningkatkan tahap mutu kualiti disiplin pelajar.
Artikel berkaitan: Sedang Tunggu Keputusan SPM, Pelajar MRSM Bentong Antara 5 Sekeluarga M*ut Dalam Kebakaran
Artikel berkaitan: Jangan Tolak Tawaran MRSM Hanya Kerana Faktor Kemiskinan, Kita Ada Jalan Untuk Bantu – Dr Asyraf Wajdi
Bagaimanapun, Dr Asyraf Wajdi menegaskan bahawa kesemua lapan MRSM ini tidak termasuk dua MRSM iaitu MRSM Besut dan MRSM Balik Pulau kerana kedua-dua MRSM ini telah melaksanakan program rintis tahun lepas dengan lebih awal.
“Majlis Mara memutuskan untuk melaksanakan dan memperluaskan perlantikan Warden-Warden sepenuh masa dari kalangan bekas Tentera di semua 58 MRSM. Cuma ia dimulakan secara berfasa.”
Tambahnya, Projek Rintis di dua MRSM bermula 18 Oktober tahun lepas dan untuk fasa kedua ini, perlaksanaan di tambahan lapan lagi MRSM bermula 1 Julai 2026 .
“Proses pemilihan Warden Luar Sepenuh Masa MRSM Terpilih dilaksanakan secara bersama oleh anak syarikat MARA Glokal Link Sdn. Bhd. (GLSB) dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Menengah MARA, JHEV, TalentCorp dan Seksyen Psikologi & Kaunseling Angkatan Tentera Malaysia.

Katanya, sesi temudaga fizikal telah dijalankan pada 15 dan 16 Jun 2026 di INTEM, Kepong. Seramai 147 calon yang dipanggil telah melalui tapisan awal dan tapisan kedua sebelum hadir ke temuduga fizikal.
“Proses pemilihan ini bukan berdasarkan temuduga fizikal semata-mata. Calon telah melalui beberapa peringkat tapisan termasuk ujian psikometrik MyNext OCEAN dan RIASEC, ujian psikologi ketenteraan, saringan kesihatan mental, pemeriksaan BMI, bleep test serta temuduga bersemuka oleh panel pelbagai agensi.”
Jelasnya, sebelum sebarang surat tawaran atau lantikan diberikan, pihak GLSB akan memastikan semua tapisan prapelantikan disempurnakan terlebih dahulu, ia merangkumi semakan lanjut status Veteran ATM, semakan rekod jenayah/latar belakang melalui PDRM atau saluran rasmi yang dibenarkan, semakan Daftar Kanak-Kanak JKM berkaitan pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak, serta semakan disiplin dan dokumen yang berkaitan.
Sumber : Threads
