“Bila taknak kongsi piza…” – Dominos Pizza Pun ‘Troll’ Gambar Neelofa Weh!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kecoh di media sosial pasal Neelofa tidur hotel mahal sampai satu malam cecah RM200,000! Pengacara Meletop tu pergi bercuti ke Maldives dan menginap dekat The Muraka, hotel bawah air yang sangatlah cantik!

Bilik tu dikelilingi cermin so that penginap boleh tengok ikan dari bawah laut. Memang cantik weh!

Sumber: Instagram

Kalau dah pergi tempat cantik, mestilah bergambar tak ingat dunia betul tak? Neelofa ada upload gambar-gambar dia berlatar belakangkan pemandangan yang cantik sepanjang percutian tu.

Macam biasa lah kan, apa saja dibuat Neelofa memang akan dapat perhatian ramai netizen dan salah satu gambar yang dimuat naik tu, jadi bahan lawak buat netizen. Ni haa gambar ni…

Sumber: Instagram

Ramai pengguna Twitter jadi kreatif dan troll gambar Neelofa ni dengan bermacam-macam versi. Tapi, yang paling tak tahan dan buat netizen gelak terbahak-bahak is bila Dominos Pizza pun troll Neelofa jugak!

Melalui akaun Twitter rasmi, Dominos ada upload satu poster yang bertemakan gambar Neelofa tu. Poster tu adalah untuk mempromosikan tawaran beli satu piza percuma satu.

Punya tak nak kongsi, piza jadi topi! Tengah lopa (lapar) la tu.”

Sumber: Twitter

Netizen yang nampak tweet Dominos tu masing-masing tak tahan dan tinggalkan komen dorang.

“Boleh tahan la admin punya menganjing.”

“Laju je buat kerja eh!”

“Aku pergi beli sekarang jugak hahahaaha.”

Memang ramai sebenarnya yang troll gambar Neelofa ni dekat Twitter. Antaranya tengok ni….

Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Macam-macam lah korang ni! Terhibur admin hahaha. Tapi biarlah tu rezeki dia, dah dia mampu kannn. Takmau bitter okay!

Baca: Neelofa Dituduh Sengaja Tayang Aset

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!