in

5 Tempat Chicken Wings di Lembah Klang Anda Wajib Cuba!

Page1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

AYAM GORENG! Paling disukai ramai. Kalau sebut ayam goreng, mesti semua cari KFC kan? Kali ni kami kongsi 5  tempat chicken wings di Lembah Klang anda wajib cuba! Memang peminat tegar ayam goreng takkan menyesal punyaaaa!

 

1. Chilli Rush


Cr

Sesuai bagi mereka yang suka makan pedas! Anda boleh pilih skala kepedasan dari 1-10 mengikut kesukaan anda. Untuk skala 10, sos tersebut mengandungi Naga Jolokia atau dikenali dengan ‘ghost pepper’ yang diiktiraf oleh Guiness Book of Records sebagai lada paling pedas di dunia. Kalau hebat boleh cuba Chilli Rush Challenge!

Lokasi: 93-G, Block H, Jaya One, No 72A, Jalan Universiti, 46200, Petaling Jaya Selangor

Waktu operasi:  11AM – 12AM (Isnin-Khamis), 11AM – 1AM (Jumaat-Sabtu); Ditutup hari Ahad

Cr2

Cr3

 

2. The Birdmen Co

B

Birdmen Wings adalah hidangan paling popular di sini. Chicken wings yang mempunyai 6 pilihan perisa dan bagi yang suka pedas anda boleh cuba Hot Chili di sini. Selain chicken wings, Crispy Nachos dan Crispy Loaded Potato Skin juga menjadi pilihan pelanggan.

Lokasi: 113, Jalan SS15/5a, SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: 5PM – 11PM (Selasa-Ahad)

B2

B3

 

[sociallocker id=1666]

3. KyoChon 1991

K

Chicken wings terkenal dari Korea ini akhirnya menembusi pasaran Malaysia. Telah membuka beberapa cawangan di sekitar Semenanjung, KyoChon 1991 menjanjikan ayam yang sihat dan segar serta dimasak menggunakan 100% bahan semulajadi. KyoChon 1991 diundi sebagai Best Fried Chicken selama 13 tahun berturut-turut oleh penduduk Korea Selatan. Wow!

Lokasi: Mempunyai beberapa cawangan. Check di sini

Waktu operasi: Berbeza mengikut lokasi

K3
Kredit: malaysian flavors

K2

 

 

4. Familia Fried Chicken

F0

Perniagaan yang diusahakan dua anak muda ini baru sahaja bertapak pada tahun lepas dan kini semakin dikenali serta sudah mempunyai dua cawangan. Apa yang istimewa, ayam goreng mereka tidak dimakan dengan sos tetapi dengan cheese semata-mata. Walaupun bukan ‘chicken wings’ tapi berbaloi kalau nak cuba!

Lokasi: Stadium Kampung @ Medan Selera Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 5PM – 12AM (Selasa-Ahad)

12503285_1025924254169191_490246676_N

F1

[/sociallocker]

 

5. Restoran Fatty Crab

C1

Walaupun terkenal dengan menu ketamnya, chicken wings di restoran ini juga menjadi kesukaan pelanggan. Mungkin nampak seperti ayam goreng biasa, tetapi kalau anda ke sana boleh dilihat uncle kedai itu menggoreng tanpa henti sehingga kedai ditutup.

Lokasi: No 2 Jalan SS 24/13, Taman Megah, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: 5.30PM – 11.30PM (Selasa-Ahad)

C5

C2

 

Peminat tegar ayam? Pergi lah serbuuuuuu

Sports Fox Nfl Week Pool

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.