in

5 Sebab Kenapa Perkahwinan Zaman Nenek Moyang Kita Lebih Bahagia Dan Berkekalan

Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ni, hampir setiap hari mesti adaaa je kisah penceraian yang berlaku dalam negara kita. Kalau zaman dulu, jarang sangat kita boleh dengar pasal cerita orang cerai berai ni.


Korang mesti tertanya-tanya kan macam manalah agaknya perkahwinan orang dulu-dulu tu boleh tahan lama dan nampak lebih bahagia daripada kita zaman sekarang walaupun ada yang tak pernah jumpa langsung sebelum kahwin. Berdasarkan perkongsian nenek Salbiah Wir yang dah berusia 86 tahun, ni sebabnya kenapa perkahwinan dorang zaman dulu-dulu tahan lama.

 

1. Tak ada cinta dan dating

Nenek Salbiah cakap sebab yang pertama is kerana orang dulu-dulu tak bercinta dan tak dating. Orang zaman sekarang sikit-sikit dating, sikit-sikit keluar makan sama-sama. So bila dorang kahwin, ramai yang jadi mudah jemu. Mana taknya, sebelum kahwin tu dah berapa banyak kali sangat jumpa sampai tak terbilang. Kebanyakan anak muda zaman sekarang ramai yang bercinta sebelum kahwin tapi katanya bercinta lepas kahwin tu sebenarnya lagi indah dan rasa cinta tu lagi kuat.

1111
sumber: fotomempelai

 

2. Berkenalan Dengan Saudara-mara

Kalau zaman sekarang ni habis je bersanding dan majlis perkahwinan tu, mesti pasangan tu akan pergi honeymoon kat destinasi idaman dorang. Habis nikah habis sanding, pengantin tu akan dibawa jumpa saudara-mara sebelah lelaki atau sebelah perempuan dulu untuk dikenalkan, bukan terus pergi honeymoon. Lagipun Nenek Salbiah cakap zaman dulu-dulu takde honeymoon pun.

Saudara
sumber: fotomempelai

 

3. Suami isteri saling membantu

Menurut Nenek Salbiah, sewaktu dia melahirkan anak, semuanya suami buatkan untuk dia. Suami tak perlu segan atau malu untuk bantu dan tolong isteri sebab tanggungjawab dalam rumah tangga ni dua-dua kena commit, bukan suami seorang atau isteri seorang je. Suami boleh tolong masak, isteri boleh tolong hantar anak ke sekolah. Tak salah kalau suami isteri saling membantu untuk kebahagiaan rumah perkahwinan masing-masing.

4 1
sumber: blog

 

4. Tiada campur tangan ibu bapa

Ibu bapa boleh bagi nasihat dalam perkahwinan anak-anak, tapi jangan sampai masuk campur urusan rumah tangga anak. Contohnya ada segelintir ibu bapa yang suka decide benda-benda untuk marriage anak-anak dan menghasut anak untuk buat itu buat ini. Perkara macam ni boleh memburukkan suasana dan lebih teruk lagi, boleh mengganggu perkahwinan anak-anak sampai bercerai.

Kahwin
sumber: blog

 

5. Sakinah, Mawaddah wa Rahmah

Benda yang tiga ni kena ada dalam perkahwinan kalau nak perkahwinan korang tu bahagia sampai ke anak cucu dan InshaAllah tahan lama sampai bila-bila. Setiap perkahwinan tu kena ada sakinah (ketenteraman), mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (rahmat) supaya rumah tangga harmoni dan bahagia. Suami isteri kena saling memahami dan jangan sebar keburukan pasangan kita pada orang lain. Lebih penting, sentiasa ingat Allah kerana Allah yang kurniakan kebahagiaan pada kita.

5 2
sumber: blog

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. So korang yang nak kahwin ataupun dah kahwin tu, boleh la guna nasihat Nenek Salbiah ni ye inshaAllah moga-moga perkahwinan korang akan tahan lama dan lebih bahagia!

Baca: 7 Tips Sangat Berguna Buat Para Isteri dan Suami Untuk Memudahkan Urusan Seharian

Ikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.