in

5 Alasan Kenapa Wanita Muda Lebih Suka Lelaki Berusia

Page Jodoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, penyanyi Jamal Abdillah telah memperkenalkan isterinya selepas 11 bulan bernikah. Mungkin anda dah sedia maklum bahawa pasangan sejoli ini mempunyai jurang umur yang besar iaitu 35 tahun. Apakah sebenarnya tarikan pada lelaki yang berusia kepada wanita muda?


Giphy 1 6

Ini dia sebenarnya 5 alasan kenapa wanita muda lebih suka lelaki berusia.

 

1. Mereka lebih stabil

Lelaki yang berusia, majoritinya mempunyai ekonomi yang lebih stabil berbanding dengan lelaki muda kerana sudah lebih lama bekerja. Memandangkan taraf hidup semakin meningkat, ini menjadi alasan utama wanita untuk mencari calon suami yang berusia bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan hidup selepas berkahwin kelak.

Giphy 3 4

 

2. Matang

Semakin bertambah usia, maka semakin matang dan bijak seseorang itu kerana telah melalui pelbagai pengalaman. Sifat matang adalah karakter yang penting untuk kaum lelaki dalam mengetuai rumah tangga dan membuat keputusan tanpa melibatkan emosi. Mereka juga lebih bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

F 1
gambar hiasan

 

3. Berpandangan jauh

Lelaki yang lebih berusia akan berpandangan jauh dek kerana pengalaman yang banyak. Ramai wanita muda juga percaya bahawa lelaki yang berusia telah mencapai waktu puncak dalam pengurusan kariernya. Mereka juga sudah bersedia dan nampak ke mana untuk membawa keluarga mereka kelak kerana mempunyai perancangan yang terperinci.

Family
gambar hiasan

 

4. Boleh berbual pelbagai topik

Wanita memang suka bercerita dan mendengar cerita orang lain. Lelaki berusia boleh berbincang pelbagai topik kerana mempunyai pengetahuan yang lebih meluas berbanding lelaki yang lebih muda. Wanita juga suka mendengar pengalaman dan nasihat yang boleh diberikan oleh lelaki berusia.

Ezgif 2 C4B4737Db5

 

5. Tidak cuba mengubah wanita

Bagi wanita, lelaki yang berusia, kurang nak mengambil kisah tentang penampilan isteri mereka. So, wanita yang berkahwin dengan lelaki berusia mempunyai kebebasan untuk mempunyai penampilan yang tersendiri. Wanita muda juga merasakan lelaki berusia boleh membantu mereka mencari dan menjadi diri sendiri.

Thumbs Up

Setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan dan terpulang kepada setiap individu hendak memilih yang bagaimana untuk dijadikan teman hidup. Apa-apapun elakkanlah daripada memilih suami orang. Janganlah pula sampai membina kebahagiaan di atas tangisan orang lain.

Semua ada alasan yang tersendiri.

Baca: 6 Sebab Wanita Paling Pantang Bila Suami Tanya Mahu Kahwin Lagi Satu

Gk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.