in

47 Mayat Ditemui Bawah Lantai Kelab Malam, Dipercayai Berkaitan Dengan Kartel Dadah

A 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seakan-akan dalam filem Hollywood, pihak berkuasa di Mexico menemui sesuatu yang mengejutkan di bawah satu bangunan di Tenango del Valle.


Pihak berkuasa di negara itu menemui sebuah kubur yang ditanam dengan 47 mayat manusia di dalam guni. Kubur ini ditemui selepas pemeriksaan dilakukan di bawah lantai sebuah kelab malam bandar itu.

Penemuan mengejutkan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Kartel Generasi Baharu Jalisco. Aktiviti kartel ini terbongkar pada minggu lalu selepas sembilan individu ditahan yang didakwa merupakan anggota kartel dadah paling kejam di negara itu.

Menurut sumber, suspek yang ditangkap telah membawa anggota polis ke sebuah gudang perindustrian ytang ditukar menjadi kelab malam di Tenango de Valle. Bandar ini terletak kira-kira sejam dari Mexico City.

Difahamkan, pihak polis terpaksa menggunakan mesin penggali tapak bangunan untuk memecahkan lantai bangunan tersebut. Hasil penggalian ternyata mengejutkan ramai apabila mereka menemui kubur pembunuhan beramai-ramai di bawah tapak itu.

Sebanyak 47 guni berisi mayat telah dikeluarkan untuk pemeriksaan forensik. Bagaimanapun, jumlah sebenar mangsa dan identiti mereka masih belum dapat dikenal pasti.

Kredit: Harian Metro

BACA: Tertekan Bercerai Dengan Bekas Isteri, Bapa Belajar Hisap Dadah Daripada Anak

Capture 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.