in

Tertekan Bercerai Dengan Bekas Isteri, Bapa Belajar Hisap Dadah Daripada Anak

Ft Bapa Belajar Hisap Dadah Dari Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kes ini, ada sedikit perubahan daripada pepatah yang kita selalu dengar, bukan bapa borek anak rintik, tapi ini anak borek bapa rintik.


Ini kerana seorang bapa memberikan alasan yang dia belajar menghisap dadah daripada anak semasa diserbu oleh pihak polis di sebuah ladang kelapa sawit di Gurun, Kedah hari ini.

Dia dicekup bersama penagih dadah yang lain termasuklah anak lelakinya sendiri. Memetik laporan Sinar Harian, dia mengaku mula belajar hisap dadah daripada anak lelakinya akibat tertekan selepas bercerai dengan bekas isteri.

2062801

Dalam pada itu, dalam serbuan berasingan di sebuah lagi ladang kelapa sawit, seorang datuk daripada 5 orang cucu memberi alasan terpaksa melalui kawasan ladang itu untuk membeli roti canai.

Namun helah yang diberikan itu tidak menjadi kerana dia turut ditahan dalam operasi dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

2062802

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, seramai 48 penagih dadah telah ditahan dalam 2 serbuan itu termasuklah seorang wanita.

Hasil serbuan itu, polis telah berjaya merampas heroin seberat 26.15 gram bernilai RM915 dan syabu seberat 1.2 gram bernilai RM120.

“Kawasan ini sudah beberapa kali diserbu, namun penagih dadah tidak serik serta masih menjadikan lokasi itu untuk mendapatkan bekalan.”

Kata sumber lagi, lokasi ladang kelapa sawit itu bersempadan dengan dua daerah iaitu Yan dan Pendang, ia menjadi tumpuan penagih yang datang dari daerah berkenaan.

Baca : Pablo Amirul Mohon Maaf Lepas Tuduh Bekas Kekasih Hisap Dadah & Curang Dengan VIP

Pablo Amirul Mohon Maaf Bekas Kekasih Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.