in

239 Saintis Seluruh Dunia Dakwa Covid-19 Boleh Tersebar Melalui Udara, Tapi WHO Kata Sebaliknya

Featured 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seramai 239 saintis dari 32 negara mendakwa telah temui bukti coronavirus SARS-CoV-2 dalam partikel kecil di udara yang boleh menjangkiti manusia.


Malah hasil kajian ratusan saintis itu dikatakan akan diterbitkan dalam jurnal saintifik minggu depan, lapor Awani.

Bagaimanapun dapatan 239 saintis itu jelas bertentangan dengan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini yang mendakwa Covid-19 hanya merebak dari individu ke individu menerusi titisan cecair badan dari hidung ke mulut.

Virus Covid-19 tersebar apabila individu yang dijangkiti batuk, bersin atau bercakap – WHO

Susulan itu para saintis mendesak agar WHO menyemak semula kenyataan mereka sebelum ini. Bagaimanapun sehingga kini, WHO tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penemuan saintis tersebut.

Korang rasa?

Baca :“Suka hati je buat fakta sendiri”; Netizen Berang Agensi Berita Antarabangsa Lapor Berita Salah Tentang Malaysia Kawal Pandemik Covid-19

3Al

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.