in

“Saya pesakit Covid-19, bukan penjenayah” – Bekas Pesakit Kecewa Penduduk Setempat Pulaukan Isteri & Anak

Feat2 1

Salah seorang bekas pesakit Covid-19, Shakirin meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila seluruh ahli keluarganya dipulaukan penduduk setempat selepas dia disahkan dijangkiti wabak itu.

Menurut Harian Metro, bapa berusia 26 tahun itu adalah antara pesakit daripada Kluster Utama yang dijangkiti hasil ujian calitan dilakukan pada 11 Oktober lepas.

Sepanjang saya berada di wad, perkara paling menyedihkan apabila anak dan isteri di rumah dipulaukan masyarakat seolah-olah penjenayah.”

Sedangkan hanya saya seorang saja positif Covid-19 dan mereka negatif serta tidak dimasukkan di hospital.”

Swab

Menurutnya, dia turut dituduh membuang gelang tangan kuarantin serta keluarganya termasuk emak dan ayah serta keluarga pengasuh turut terkena tempiasnya.

Paling menyedihkan apabila isteri mahu membeli bekalan susu dan lampin pakai buang yang habis, tetapi tidak dibenarkan kerana orang sekeliling takut dia menjadi punca.”

Saya cuba menggunakan khidmat penghantar, tetapi mereka menolak kerana tidak berani ambil risiko.”

Apa yang berlaku menambah tekanan ketika saya di wad kerana setiap masa memikirkan anak dan isteri di rumah, memandangkan saya ketua keluarga tetapi tidak dapat membantu ketika mereka ditinggalkan.”

Lebih membimbangkan apabila paras darah tinggi emak naik kerana tertekan selepas mendengar orang sekeliling bercakap mengenai kami sekeluarga.”

Pesakit

Shakirin yang mempunyai dua anak berusia 10 bulan dan 2 tahun itu mendapat keputusan pada 13 Oktober lepas dan dibawa ambulans pada malam hari yang sama untuk dimasukkan ke wad di Hospital Kusta, Sungai Buloh.

Selepas dikuarantin di wad selama 5 hari, Shakirin dibenarkan pulang pada Sabtu lepas. Kongsinya, dia tidak mengalami gejala teruk dan menyangka sakit sendi serta rasa nak pitam dirasainya sekadar demam biasa namun rupanya tanda dijangkiti Covid-19.

“Saya dapat tahu keputusan apabila dihubungi doktor dua hari selepas menjalani ujian calitan dan rasa macam tidak percaya dan perkara pertama dibuat adalah menghantar anak ke rumah pengasuh kerana isteri bekerja ketika itu.”

“Kira-kira 9 malam, ambulans datang ke rumah dan membawa saya ke hospital manakala isteri, Shasha Ridzuan, 26, dan dua anak kami yang turut menjalani ujian calitan didapati negatif Covid-19.”

“Namun, masalah berlaku apabila anak dan isteri saya menerima layanan dingin daripada segelintir penduduk setempat hanya kerana saya dijangkiti Covid-19 manakala alamat rumah kami turut disebarkan individu tidak bertanggungjawab.”

Bagaimanapun, dia bersyukur ramai yang memberikannya kata semngat dan ada juga yang turut menghulurkan bantuan. Salah seorangnya adalah pengurus restoran yang menghantar makanan kepada keluarganya sepanjang dia berada di wad.

Baca: “Jangan pandang remeh” – Hospital Sabah Dedah Pesakit Di ICU Ada Yang Muda & Tak Ada Sejarah Penyakit Kronik Pun!

Collage 29

Sumber: Harian Metro