in

“Setiap kali masuk set kena swab” – Tak Tahan Seminggu Sekali Kena Swab Test, Janna Nick Harap Cepat Terima Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga setakat ini, meskipun negara kita melihatkan trend penurunan dalam angka harian COVID 19, namun kita masih belum menang kerana kes masih di angka 1000.


Disebabkan itu, kerajaan dan pihak berwajib telah menetapkan SOP yang ketat terhadap beberapa perkara termasuklah dalam perlaksanaan penggambaran filem dan drama yang memerlukan seorang artis tersebut melakukan ujian calitan COVID 19 terlebih dahulu sebelum terlibat dalam ‘shooting’.

Namun hal ini pastinya bukan perkara yang mudah terutamanya buat pelakon Janna Nick yang merasa tidak sanggup lagi melakukan swab test hampir setiap minggu kerana perlu memasuki set penggambaran.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Janna memuat naik video yang kelihatannya menangis selepas membuat ujian swab test. Uish sakit tu! 

I really need vaccine, I can’t continue like this. Seminggu sekali kena swab test, Setiap kali masuk new set kena swab test… 

“I understand that at the moment, this is the only option we have to keep everyone safe,” katanya.

Malah, Janna juga berharap vaksin tersebut berkesan dan perkara akan kembali normal seperti sediakala.

I just hope the vaccine really works and things can go back to normal!” 

 

“Tak luka lubang hidung kalau kerap buat?” 

Rata-rata netizen yang prihatin dengan nasib Janna Nick memberinya kata-kata semangat dan berharap pelakon ini bersabar dengan dugaan kerana ramai juga yang berdepan dengan situasi yang sama sepertinya.

Dalam pada itu, Janna Nick mengucapkan Selamat Hari Wanita dan berharap kita terus menyebarkan positiviti kepada orang lain.

Harap Janna bersabar ye… Tak lama lagi kita semua akan dapat vaksin tu. 

Baca: “Saya terima ugutan bunuh” – Janna Nick Mohon Maaf Isu ‘Lisa Blackpig’, Perjelas Fitnah Yang Dia Hadapi

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.