in

“Susah jaga kluster kayangan ni”- Polis Sedang ‘Buru’ 1,400 Individu Pulang Dari Oversea Tapi Tak Buat Saringan Covid-19

Featured Image 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang dimaklumkan, mereka yang baru balik ke Malaysia akan menjalani ujian saringan di KLIA dahulu dan kemudiannya diminta untuk menjalani kuarantin selama 14 hari. Selepas itu, mereka diminta agar membuat ujian saringan buat kali kedua di hospital atau klinik terdekat.


Namun masih lagi ada rakyat yang degil. Menerusi Twitter KKM, terdapat 1,400 rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara, tetapi tidak menjalani ujian saringan buat kali kedua.

Difahamkan, mereka ini dibenarkan untuk menjalani kuarantin di rumah tapi masih ada SOP yang perlu mereka ikut.

Sebagai contoh, mereka perlu memakai gelang tangan pengesanan COVID-19 selepas sudah menjalani ujian yang pertama di KLIA.

Vid1

Susulan kejadian, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, golongan yang baru pulang dari luar negara wajib menjalani ujian saringan kedua selepas mereka kuarantin selama 13 hari, lapor Berita Harian.

Sesiapa yang mengabaikan ujian saringan ini boleh dianggap telah melanggar SOP yang ditetapkan, malah mereka juga boleh dikenakan tindakan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ada 1,400 orang yang degil ini. Insya-Allah, kita akan menghantar polis untuk mencari mereka supaya menjalani ujian saringan kali kedua.” – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Bukan itu sahaja, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menegaskan, mereka yang belum menjalani ujian akan ditangkap dan dibawa ke klinik.

Justeru, sama ada mereka hendak menunggu polis datang atau sendiri pergi ke klinik atau menelefon pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat temu janji bagi melakukan ujian saringan itu,” – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Min harap mereka yang berkenaan janganlah degil, ini juga demi keselamatan negara kita.

Baca: “Menyusahkan orang” – Polis Akhirnya Berjaya Tahan Pasangan Indo Positif Covid-19 Yang Larikan Diri Di Sarawak

Annotation 2020 07 02 155022

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.