in

2 Penyelam Yang Hilang Di Pulau Redang Akhirnya Ditemui Selamat

Penyelam Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua penyelam dilaporkan hilang ketika menyelam di Taman Laut Pasir Akar di Pulau Redang pada pagi Sabtu.

Kedua-dua mangsa iaitu seorang jurulatih selam skuba tempatan dan seorang pelancong dari China bagaimanapun ditemui selamat pada malam yang sama selepas kira-kira 12 jam terapung di lautan, lapor Sinar Harian.


Bot pencari sukarelawan ‘Black Jack’ dari Redang Divers yang turut membantu operasi mencari dan menyelamat menemukan kedua-dua mangsa sekitar pukul 9.45 malam di lokasi berhampiran Pulau Yu.

10 1

Artikel berkaitan: “Tolonglah buang dalam tong sampah!” – Individu Dedah Kucing Menderita Akibat Kecuaian Kaki Pancing

Artikel berkaitan: “Hanya pencinta kucing sahaja yang faham” – Tangisan Peguam ‘Kotak Pensel’ Kehilangan Kucing Tersayang Undang Sebak Ramai

Difahamkan, lokasi mereka ditemui adalah sekitar 10 batu nautika dari kawasan awal kedua-dua mangsa dilaporkan hilang.

9

Sejurus selepas ditemui, mereka telah dibawa ke hospital berdekatan untuk dirawat dan kini, kedua-dua mangsa berada dalam keadaan stabil.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: BERNAMA
Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.