in

“Dimalukan Cikgu PJK” – 10 Tricks Mudah Pemuda Berbadan Besar Ini Buat Untuk Berubah Jadi Jejaka Tampan

Gemukvskurus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang dah bulan Oktober, lagi 2 bulan dah nak hujung tahun. Apa cerita azam 2018 korang yang nak kurus tu? Dah tercapai ke belum? Tanya je.

Bukan senang nak kekalkan konsisten tu, ramai je yang dah mula buat tapi separuh jalan. Tapi bila dah ada perubahan pasti dapat rasa berbaloinya.


Tengok macam Khairil Azib ni, daripada seorang lelaki yang berbadan besar berubah menjadi seorang jejaka tampan. Tak kedekut ilmu, dia kongsikan tips yang dilakukan untuk kita semua amalkan. Jom!

 

Gemuk dari umur 6 tahun….Susah nak cari baju

Tipsandtrickskurus

“Aku nak share journey aku dan apa yang aku hadap selama aku berbadan besar dan mesti ramai rasa apa yang aku rasa.

Dari gemuk sampai lah sekarang dan aku nak bagi tips & tricks untuk korang yang berbadan besar juga.

Aku pernah share juga sebelum ni sedikit kisah aku tapi ni aku nak cerita lagi ape yang pernah jadi masa aku gemuk dulu.

And yes aku dari kecik aku gemuk dari umur 6 tahun kot tak silap aku and patu makin besar makin besar tak kecik2 pon hahahaha.

Kalau orang gemuk mesti masalah yang pertama ialah ejekan org kan? Tipu la setiap mase orang aku puji comel mesti juga dorang akan ejek korang gemuk la, gorila la, badak la lagi2 mulut2 budak kecik lagi pedih doh. Dorang boleh cakap “eh abang ni gemuk macam badak” lepastu lari.

Kalau beli baju mesti susah juga lagi2 dulu pingang aku saiz 44 punya la susah nak beli baju and seluar. Kalau kawan pakai h&m ke uniqlo ke aku hanya mampu tengok je sebab takde saiz aku. Mak aku la salu carikan baju kat kedai untuk orang2 besar ni tapi susah nak jumpa kedai-kedai tu.”

Selain susah nak cari baju, rasanya memang setiap individu yang berbadan besar, sudah semestinya akan menghadapi satu masalah ini, ejekan orang.

Biarpun ia dalam bentuk gurauan, ejekan ‘gemuk’ ini pasti takkan lekang daripada mulut orang. Khairil yang berbadan besar sejak berumur 6 tahun tak terlepas daripada masalah tersebut,

 

Naik kereta jadi lowered, pernah dimalukan oleh Cikgu PJK

Khairilazib2

“Lepastu aku nak naik kereta mesti absorber belakang kereta bunyi “ye-ekkk” hahahah stress aku dengar lagi2 mase langar bumper jalan mesti lagi kuat bunyi mcm nak tercabut tayar. sampai bapak aku kene beli kereta baru sebab keluarga makin besar dan aku pulak makin besar hahahaha!

Tapi paling sakit hati bila family gatering makcik2 yang jauh and lama tak nampak tu kalau jumpa aku mesti cakap “woww azib makin besar apa dah jadi nihhh? Tak malu ke? ,Tak nak diet ke? Nanti makin besar makin susah nak jalan nanti.

Patu lepas kene malukan gan cikgu pjk sekolah and lepas kene kutuk gan kawan yang pernah aku cerita dulu kat tweet lama aku tu. aku pon start diet tapi susah gila nak konsisten diet patu aku start pon terus diet ketat bodoh doh aku patut start sikit-sikit.”

Selain itu, pasti rasa insecure kalau nak naik kereta ramai-ramai kan? Tambah lagi bila jumpa ahli keluarga yang kerap menegur saiz badan. Selain itu Khairil juga alami perkara yang sama seperti orang berbadan besar yang lain sewaktu di sekolah.

Dimalukan oleh cikgu Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK), admin faham situasi dimana mahu melakukan sesuatu senama yang diajar itu terbatas dan menjadi bahan lawak pelajar lain.

Jadi, Khairil bertekad untuk mengubah dirinya kearah yang lebih baik, lebih sihat. Dia akui pada peringkat awal memang susah nak konsisten.

 

Tips nak kurus

Khairilazib3
Sumber : twitter

“1.stop eating or drinking sugar

2.belajar cara kuantiti pemakanan yang betul (sangat2 penting)

3.know what you eat (good or bad)

4.sentiasa perhati intake calorie

5. Eat more protein (ayam,telur,ikan) 6.kurangkan makan carbs tapi need juga makan everday for energy.

7.buat senaman ringan untuk beginners

8.exersice 3 kali seminggu sekurangnya

9.buat jumping jack sebagai permulaan sehari 100-400 kali kalau exercise lain tak larat nak buat.

10.Cari benda yang boleh tolong korang boost up your metabolism like tea”

 

Baca : Pelajar Bunuh Diri Sebab Tak Tahan Selalu Diejek Gemuk

Pelajarbunuhdiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.