in

Pelajar Bunuh Diri Sebab Tak Tahan Selalu Diejek Gemuk

17Yo Overweight Student Jumps From School Building After Constantly Getting Teased World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengusik rakan-rakan ni nampak macam benda biasa untuk kebanyakan pelajar. Tapi tu tak bermakna ia tak menyakitkan perasaan orang lain. Lebih teruk bila ejekan yang dianggap biasa-biasa ni sampai boleh bawa mudarat pada seseorang.


Menurut WORLD OF BUZZ, baru-baru ni rakaman seorang pelajar sekolah menengah di Thailand mula tular di media sosial. Lelaki berusia 17 tahun tu dikatakan merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah di daerah Sisaket, Thailand.

Screen Shot 2018 08 13 At 11.09.44 Am
sumber: wob

Pelajar lelaki tersebut khabarnya sering diejek oleh rakan-rakan sekelas kerana mempunyai masalah berat badan berlebihan. Sebab selalu sangat diejek sebagai budak gemuk, pelajar lelaki tu lama-kelamaan jadi jarang bergaul dan hilang keyakinan diri.

Pada hari kejadian, remaja lelaki tu dilihat berjalan di bahagian luar bangunan tingkat lima dan perlahan-lahan berjalan ke tepi bangunan. Ada beberapa orang pelajar menyaksikan insiden tu tapi dorang ingatkan tu prank. Jadi dorang teruskan berbual macam takde apa-apa akan berlaku.

Screen Shot 2018 08 13 At 11.08.11 Am
sumber: wob

Tanpa menoleh ke belakang, pelajar tu tengok ke bawah dan mencangkung kat hujung bangunan tu. Ramai terjerit-jerit tapi semuanya dah terlambat sebab pelajar tu akhirnya terjun dan membunuh diri.

Pelajar tersebut kemudian terus dikejarkan ke hospital tapi kecederaan yang dialami terlalu teruk jadi dia tak dapat diselamatkan. Remaja tu akhirnya meninggal dunia di hospital dan pihak polis kini sedang menyiasat punca sebenar dia membunuh diri.

Screen Shot 2018 08 13 At 11.08.49 Am
sumber: wob

Pun begitu, ramai percaya yang remaja tersebut bunuh diri sebab kerap kena ejek di sekolah. Berita tempatan pula melaporkan pelajar tersebut mungkin juga didesak dengan masalah keluarga.

Lepas insiden malang ni ramai rakan sekolah pelajar tu menyesal dengan perbuatan dorang yang suka mengejek remaja berkenaan dan muat naik kata-kata memohon maaf di media sosial.

Jangan ingat kita duk gelak-gelak tu orang yang kena pun rasa ejekan korang kelakar tau. Bila dah sampai meragut nyawa macam ni menyesal pun dah tak guna. 

Baca: Nak Bunuh Diri Dengan 2 Anak?

Scasfafaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.