⁠”Rosak kereta orang” – Polis Tahan 2 Lelaki Main Mercun Di Tengah Jalan

Tambah ke Sumber Pilihan
Main Mercun

Dua orang lelaki ditahan polis pada Jumaat lalu selepas mereka dilihat membakar mercun di tengah jalan yang sibuk sehingga mercun yang dimainkan oleh mereka itu merosakkan kereta orang awam.

Memetik laporan Kosmo, kejadian berlaku di Jalan Shahbudin, Taman Sentosa, Klang.


Menurut Asisten Komisioner Cha Hoong Fong iaitu Ketua Polis Daerah Klang Selatan, mangsa iaitu seorang wanita yang juga pemilik kereta yang terkena mercun tersebut telah membuat laporan polis pada sekitar jam 8 malam pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: “Group WhatsApp Function!” – Netizen Teruja Lihat Sepakat Penduduk Flat, Meriah Dengan Mercun

Artikel Berkaitan:  Pelajar IPT Baling Mercun Bola Dari Tingkat Atas Apartmen, Netizen Mohon Polis Ambil Tindakan

Mangsa ketika kejadian sedang memandu di kawasan tersebut dengan keretanya dan apabila kereta wanita itu mendekati kedua-dua suspek di tengah jalan, salah seorang daripada mereka telah meletakkan mercun tersebut di atas bonet keretanya.

Main Mercun Di Tengah JalanSumber: Sinar Harian

Lelaki tersebut kemudiannya mengambil semula mercun itu apabila dimarahi oleh wanita itu namun mercun itu diletakkan semula di tepi kereta oleh suspek sehingga ia meletup dan merosakkan bahagian hadapan kereta mangsa.

Polis kemudiannya berjaya menahan kedua-dua lelaki terbabit setelah laporan polis dibuat.

Main MercunSumber: Kosmo

Difahamkan, kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Tindakan kedua-dua suspek membakar mercun di tengah jalan itu sempat dirakam oleh kamera dashcam.

Sumber: Kosmo

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Afiqah
Lagi tulisan Afiqah

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

⁠”Rosak kereta orang” – Polis Tahan 2 Lelaki Main Mercun Di Tengah Jalan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/%e2%81%a0rosak-kereta-orang-polis-tahan-2-lelaki-main-mercun-di-tengah-jalan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM