in

Youtuber Sengaja Biar Pesawat Terhempas Demi Konten Bakal Dipenjara 20 Tahun

Pesawat Terhempas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang Youtuber berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas sengaja membiarkan pesawat yang dinaikinya terhempas di Hutan Negara Los Padres, California pada 2 tahun lalu.


Individu tersebut, Traver Jacob, 29, mengaku bersalah atas dakwaan menghalang siasatan persekutuan berhubung tragedi pesawat tersebut. Jacob bakal berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun selepas diumumkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Untuk rekod, Jacob telah memuat naik kejadian tersebut menerusi satu video di akaun Youtube miliknya. Dalam kejadian pada 24 November 2021 itu, Jacob terjun keluar menggunakan payung terjun sebelum pesawat itu terhempas.

1 1 3

Pesawat Terhempas

Pada mulanya, dia memberitahu penyiasat bahawa pesawat tersebut kehilangan kuasa dan tidak mengetahui berkenaan lokasi bangkai kapal terbang itu.

Bagaimanapun, keterangannya kelihatan bercanggah serta menimbulkan keraguan dalam kalangan pakar penerbangan dan pihak berkuasa.

Hasil siasatan mendapati Jacob tidak pernah cuba untuk menghubungi pusat kawalan trafik udara, menghidupkan semula enjin atau mencari tempat yang selamat untuk mendarat.

Menurut pegawai, kira-kira 35 minit dalam penerbangan, Jacob terjun dari pesawat lalu merakan kejadian itu sehingga mendarat. Dia juga dikatakan pergi ke lokasi nahas untuk mendapatkan semula rakaman dari pesawat.

@thesun

This is the moment a YouTuber deliberately crashes a plane for clicks after pretending the engine had failed as he faces 20 years in jail 🎥: YouTube: TrevorJacob #fyp #shocking #plane #news #viral #viralvideo #california #airplane #foryoupage

♬ original sound – The Sun

Jacob juga dikatakan telah pergi semula ke lokasi kejadian untuk mengalihkan bangkai pesawat ke satu lokasi yang lain bagi memusnahkan bukti. Ia bertujuan untuk mengaburi pasukan siasatan berkenaan kejadian pesawat terhempas itu.

Untuk rekod, Jacob memuat naik video bertajuk I Crashed My Plane ke YouTube pada 23 Disember 2021 dan berjaya meraih sehingga 3 juta jumlah tontonan.

Kredit: Harian Metro

BACA: 3 Kali Ganda Kelajuan Bunyi, Ini Konsep Pesawat Penumpang Dengan Tenaga Nuklear

Capture 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.