in

Youtuber Korea Konon Nak Buat Mukbang Dengan Cheese, Tapi Lain Pula Yang Jadi

Ft Korea 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang macam jadi trend youtuber buat mukbang dan kongsikannya di channel mereka. Buat yang tak tahu mukbang pula, ia adalah sebuah rancangan makan yang disiarkan secara atas talian. Trend ini sudah popular sejak tahun 2010 lagi Korea Selatan.


Walaupun trend ni sudah lama tapi ternyata ia masih releven dalam kalangan penonton.

Baru-baru satu video milik seorang Youtuber Korea yang mencuit hati telah tular di media sosial. Menerusi video itu, pemilik akaun Tasty Hoon tersebut dikatakan cuba untuk menghidangkan cheese fountain bagi rancangan makan-makannya itu.

Tapi lain pula jadinya!

Cheese tersebut  dikatakan tidak cair sepenuhnya sebelum dituangkan ke dalam fountain tersebut. Jadi hasilnya cheese itu tidak keluar seperti yang diharapkannya.

Dah macam apa dah min tengok melambai-lambai je cheese tu!

Mungkin dek kerana terkejut dan tergamam, lelaki ni lupa untuk mematikan suis mesin tersebut. Sudahnya cheese tersebut dah terbang merata, tinggal la sikit untuk rasa-rasa.

 

Tak patah semangat!

Walaupun menerusi video pertamanya, lelaki tersebut dilihat sedih dengan situasi yang berlaku namun dia tidak mudah patah semangat.

Kali ini, dia kembali dengan cabaran yang sama dah dilihat lebih bersedia.

Berbeza dengan video sebelum yang telah, menerusi video yang baru ni, Tasty Hoon turut menunjukkan kaedah yang digunakannya untuk mencairkan cheese itu.

Haa kalau kata dia salah buat lagi tak tahu lah…

Berjaya la juga akhirnya walaupun tak ada lah melimpah ruah sangat, yang penting tak berpusing dah macam kipas.

Videonya tular menyebabkan rata-rata netizen terhibur dengan kejadian itu selain turut menggelarnya sebagai cheese man.

Walaupun video tersebut baru sahaja dimuatnaik minggu lalu, tapi disebabkan kelucuan cheese man tersebut, videonya telah mencatatkan lebih 7 juta tontonan di Youtube!

Terliur pula min tengok ni, ada juga min buat mukbang sorangs-sorang kejap lagi ni!

Baca : “Ada tinggalkan nota” – Pelawak Terkenal Korea Selatan Ditemui Mati Bersama Ibu, Disyaki Bunuh Diri

Capture 4 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.