in

“Ada tinggalkan nota” – Pelawak Terkenal Korea Selatan Ditemui Mati Bersama Ibu, Disyaki Bunuh Diri

Aa 1

Pelawak terkenal dari Korea Selatan, Park Ji-Sun,36 dilaporkan telah meninggal dunia bersama ibunya semalam di rumah mereka di daerah Mapo-gu, barat Seoul.

A 1

 

Memetik laporan Soompi, bapanya membuat laporan polis selepas mendapati dia tidak dapat menghubungi Ji-Sun dan isterinya.

Apabila polis tiba di tempat kejadian kira-kira jam 1:44 petang waktu tempatan, mereka menemui mayat dua beranak itu sudah tidak bernyawa.

A1 1

 

Ada jumpa nota di tempat kejadian

Hasil siasatan tidak menemui sebarang kecederaan pada badan Ji-Sun dan ibunya. Namun, pihak polis menemui sekeping nota yang dipercayai ditulis oleh ibu Ji-Sun.

Walau bagaimanpun, kandungan surat itu tidak didedahkan atas permintaan ahli keluarganya.

Pihak polis masih menyiasat punca kematian sebenar kedua-dua individu itu, tetapi mengesyaki ia merupakan kes bunuh diri.

Ji-sun sebulum ini membuat debut pada 2007 sebagai pelawak dan menjadi terkenal kerana menyertai banyak program hiburan televisyen.

A2 1

 

Kalau kita tengok beberapa tahun lepas, kejadian bunuh diri dalam kalangan artis Korea berada di tahap yang membimbangkan.

Antara kes yang berlaku adalah salah seorang anggota kumpulan Kara Goo Hara dan penyanyi f(x) Sulli juga membunuh diri akibat serangan buli siber.

 

Apa-apa pun kalau ada dalam kalangan korang yang stress, jangan ambil keputusan melulu. Kalau perlukan bantuan boleh hubungi Befrienders di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada sam@befrienders.org.my 

Baca: Bintang ‘Miss Sherlock’ Yuko Takeuchi Ditemui Mati, Dipercayai Bunuh Diri

A3

Sumber: Soompi
Sumber: AllKpop