in

Wanita Paksa Rakan Sejak Kecil Jadi Pelacur Untuk Bayar Tiket Penerbangan ke Australia

Malaysian Forces Friend To Become Prostitute In Australia To Pay For Flight Tickets World Of Buzz

Percutian yang kononnya akan membawa 1001 kenangan terindah dalam hidup tiba-tiba berakhir dengan suatu tragedi tak disangka-sangka. Apa yang lebih menyakitkan ialah hal tersebut berlaku kerana angkara seorang rakan yang dikenali sejak kecil.

Orang sekarang memang tak boleh dipercayai! 

Pada Disember 2015 lalu, seorang wanita warganegara Malaysia telah meminta teman lelakinya untuk membelikan tiket penerbangan ke Australia kepada rakan lama kononnya untuk bercuti di sana selama 10 hari, lapor World of Buzz.

Perth Australia
gambar hiasan

Apabila mereka sampai di sana, mangsa tidak semena-mena telah dipaksa untuk menjadi pelacur supaya dia dapat membayar tambang penerbangan dan urusan percutiannya yang bernilai sebanyak $1,900 (kira-kira RM6,500). Gilalah! 

Suspek yang bernama Khoo merupakan bekas pelacur. Dia telah didakwa memaksa sahabatnya itu untuk bekerja di sebuah rumah pelacuran tempatan.

Khoo dikatakan telah merancang semuanya awal-awal lagi apabila dia telah menghubungi pemilik rumah pelacuran tersebut sebelum sahabatnya terbang ke Perth. Mangsa juga dikatakan sebagai seorang yang ‘muda dan sangat cantik’!

Malaysian Woman Forced To Become Prostitute In Australia To Pay Back Flight Tickets World Of Buzz 2
gambar hiasan

Sebaik sahaja sahabatnya tiba di lapangan terbang, Khoo telah membawa mangsa terus ke rumah pelacuran tersebut. Dia mengurung mangsa dan merampas pasportnya. Dia juga memberitahu kepada sahabatnya yang wanita tersebut boleh mendapatkan pasportnya semula selepas dia membayar tambang keseluruhan tiket penerbangan berkenaan.

Disebabkan rakan Khoo tidak begitu biasa dengan undang-undang di Australia, dia tiada pilihan lain selain mengikut arahan Khoo dan membayar hutangnya.

Menurut laporan Perth Now, Khoo telah menghadiri perbicaraan kes ini di Perth District Court. Suspek sebelum ini pernah bekerja sebagai seorang pelacur untuk tiga bulan sebelum berpindah ke Australia pada 2015, dan berhenti menjalankan kegiatan tersebut apabila dia mempunyai teman lelaki.

Malaysian Woman Forced To Become Prostitute In Australia To Pay Back Flight Tickets World Of Buzz
gambar hiasan

Selepas seminggu terpenjara di rumah pelacuran tersebut, mangsa berjaya menghubungi seorang rakan dan meninggalkan tempat itu keesokan harinya. Dia kemudian membuat laporan polis terhadap Khoo.

Semasa siasatan dijalankan, Khoo mempertahankan dirinya dengan mengatakan sahabatnya sendiri yang ingin ke sarang pelacuran itu dan dia hanya membantunya. Mangsa dituduh sedang melarikan diri dari ‘ah long’ di Malaysia. Pulak dah!   

Pun begitu, dakwaan Khoo disangkal pendakwa raya yang menuduh Khoo mengurung sahabatnya di sana supaya dia boleh mendapatkan wang hasil pelacuran itu.

Khoo juga didakwa telah membantu ramai wanita yang ingin berpindah ke Australia dan bekerja sebagai pelacur di rumah pelacuran di sana.

Psk
gambar hiasan

Walau bagaimanapun, perbicaraan kes ini masih dijalankan dan belum dapat dibuktikan sama ada Khoo bersalah ataupun tidak. Namun jikalau dia benar-benar melakukan perkara terkutuk itu, diharapkan dia mendapat hukuman setimpal dengan jenayahnya.

Nak berkawan sekarang pun kena hati-hati. Takutlah kalau kena tipu macam ni. Tak pasal-pasal jadi pelacur! 

Baca: Juruterbang Malaysia Dipenjara 13 Tahun di Australia Kerana Merogol Wanita 21 Tahun Lepas

Piloto