in

Juruterbang Malaysia Dipenjara 13 Tahun di Australia Kerana Merogol Wanita 21 Tahun Lepas

Rogol Pilot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga! Tiada siapa yang boleh terlepas dari jenayah yang pernah mereka lakukan walaupun ia sudah lama berlaku.


Menurut The Star, seorang juruterbang Malaysia telah dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun kerana telah merogol seorang wanita Australia dengan memecah masuk rumahnya di Perth pada 21 tahun lalu.

Malaysian Pilot Sentenced To 13 Years In Australian Prison For Rape World Of Buzz 2
sumber: wob

Alfred Gerard Eravelly, 50, telah diberkas sebaik sahaja dia tiba di Lapangan Terbang Sydney bersama isteri dan dua orang anaknya pada Februari 2016 lepas.

Dia telah ditahan atas lima pertuduhan iaitu melakukan serangan seksual ganas, merompak, mengurung dan mencederakan mangsa. Sungguhpun begitu, dia mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak mahkamah sudah memutuskan Eravelly bersalah terhadap kesemua lima pertuduhan.

Malaysian Pilot Sentenced To 13 Years In Australian Prison For Rape World Of Buzz
sumber: wob

Menceritakan kembali apa yang berlaku pada 21 tahun lepas, Eravelly dilaporkan telah memecah masuk rumah mangsa pada 9 Mac 1996 dengan memanjat masuk melalui tingkap bilik mandi.

Suspek yang menyembunyikan wajahnya dengan memakai stokin telah mengikat mangsa menggunakan tali dan menutup kedua-dua belah matanya.

Dia kemudian telah melakukan serangan seksual terhadap mangsa, meninggalkan bukti DNA yang telah diambil pihak berkuasa.

Bekas juruterbang Air Asia ini dilaporkan tinggal dua kilometer dari rumah mangsa ketika dia masih menuntut di universiti.

Malah lebih mengejutkan, ia bukanlah kesalahan pertama yang dilakukan Eravelly sebelum ini.

Pada tahun 2000, dia didakwa telah melakukan kesalahan seks di Florida, Amerika Syarikat. Dia juga pernah dilaporkan melakukan ejakulasi ke atas rambut seorang wanita di perpustakaan universiti, yang mana suspek telah meninggalkan DNAnya.

Malaysian Pilot Sentenced To 13 Years In Australian Prison For Rape World Of Buzz 3
sumber: wob

Eravelly mendakwa yang dia pernah bertemu dengan mangsa di sebuah bar dan dijemput mangsa ke rumahnya untuk melakukan ‘hubungan seks luar biasa’ yang menurut suspek merupakan di atas persetujuan mangsa.

Sepanjang sesi perbicaraan berlangsung, isteri Eravelly menyokongnya dan memohon mahkamah mengasihani suspek.

Malaysian Pilot Sentenced To 13 Years In Australian Prison For Rape World Of Buzz 4
sumber: wob

Menurut Hakim Phillip Eaton, Eravelly telah mereka-reka kejadian yang diceritakannya dan beliau menyifatkan tindakan suspek sangat “mengganggu dan menakutkan”.

Disebabkan hal ini, kerjaya Eravelly sebagai juruterbang bakal musnah buat selama-lamanya.

Syukurlah suspek akhirnya tertangkap walaupun jenayah yang dilakukan sudah berlalu berpuluh tahun berlalu. 

Baca: Mayat Wanita Bogel Ditemui Bersebelahan Kondom Bersepah di Tapak Pembinaan Johor Bahru

Rogolsss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.