in

Wanita Hamil 6 Bulan Ditangkap Merompak, Dakwa Mengidam Buat Perkara Ekstrem

cats 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sering kali kita mendengar kisah wanita hamil yang mengidam untuk makan juadah yang sukar untuk didapati. Namun lain pula kisahnya buat seorang wanita di Melaka yang mengidam untuk melakukan perkara ekstrem sehingga melampaui batas.

Baru-baru ini, pihak polis telah menahan seorang wanita selepas dia didakwa menyamun sebuah kedai emas dengan menggunakan sebilah pisau di sebuah pasar di Ayer Keroh, Melaka.


Ketika disoal, suspek mendakwa dia sedang hamil enam bulan dan melakukan perbuatan tersebut selepas didorong oleh perasaan untuk melakukan perkara ekstrem.

Difahamkan juga, suspek merompak dengan mengenakan jubah hitam dan sebilah pisau.

samun kedai emas

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, suspek berusia 35 tahun telah ditahan di Kampung Kuala Linggi, Alor Gajah hasil maklumat orang awam.

Siasatan turut mendapati suspek merupakan seorang eksekutif bahagian sumber manusia di sebuah syarikat swasta dan menerima gaji yang tinggi.

Polis turut menemui sebilah pisau berukuran 13 sentimeter yang dipercayai telah digunakannya ketika menyamun.

Suspek yang mempunyai dua orang anak telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan merompak menggunakan senjata.

Suspek kini direman selama empat hari sehingga 27 Disember depan.

Kredit: Kosmo

BACA: Pelanggan Lari Dari Restoran Dalam Ketakutan Gara-gara Atlet CrossFit Yang Disangka Perompak

aaa

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.