in

“Walaupun kita kabur nama & no ic”- Frontliner Pesan Jangan Kongsi Sijil Digital Vaksin di Media Sosial Sebab…

Ft Frontliner Nasihat Jangan Upload Sijil Digital Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila program vaksinasi sudah hampir tiba ke peringkat ‘komuniti kelompok’, wujud pula satu isu dimana golongan yang tidak mahu ambil vaksin ini cuba ambil kesempatan untuk dapatkan sijil vaksin secara ‘curi’.



Macam-macam kaedah, antaranya minta tidak mahu disuntik di PPV, hanya ingin sijil dan ada juga yang ambil kesempatan meminta daripada penerima.

 

Jangan upload sijil digital dekat media sosial.”

Justeru, salah seorang pekerja barisan hadapan menerusi akaun TikTok miliknya menasihati orang ramai supaya tidak kongsikan sijil yang sudah diterima di media sosial seandainya dah selesai terima 2 dos suntikan.

“Dekat status Whatsapp ke, Facebook ke, Twitter ke, Instagram ke, sebab apa? Bila awak buat macam tu, awak dah bagi peluang kepada golongan-golongan antivax atau yang tak nak vaksin ni, memanipulasikan sijil awak tu.”

Diaorang boleh print out, diaorang boleh gunakan untuk keperibadian diaorang sendiri, nanti awak juga yang dapat susah.

Katanya lagi walaupun kita dah kaburkan nama, nombor kad pengenalan, ia tetap membawa risiko.

@thedressar1

♬ original sound – Encik Dressar – Encik Dressar

“Walaupun kita dah kabur nama, no ic semua, tetap juga dapat manipulasi, sebab apa, kerajaan sekarang, masih belum suruh untuk kita print out sijil yang ada dalam MySejahtera tu.”

Dalam masa 9 jam ia dikongsikan video ini telah meraih lebih daripada 800K jumlah tontonan, 65.1K jumlah likes.

Dalam video sebelumnya, pemuda ini turut memberikan penjelasan dan perumpamaan yang jelas mengenai vaksin.

Katanya, ia ibarat kita menaiki kereta, pilihan kita untuk memakai tali pinggang keledar atau tidak biarpun tahu kebarangkalian kemalangan itu ada, cuma bezanya risiko bagi yang memakai tali pinggang itu berkurangan.

 

Baca : “F*ck you!” – Staf PPV Kena Maki Sebab Tak Boleh Tolong ‘Adjust’ Buatkan Sijil Vaksin Tipu

Ft Antivax Maki Staf Ppv Tak Tolong Adjust Status Vaksin E1628671480649

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.