in

Vietnam Hasilkan Bilik Steril Bergerak, Boleh Hapuskan 90% Bakteria & Virus

Untitled Collage 60 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika Asia Tenggara sedang bergelut memerangi Covid-19 ketika ini, salah satu negara anggotanya iaitu Vietnam tampil dengan inovasi baru yang dapat membantu mengurangkan impak penularan virus berbahaya itu.


Mobile sterilisation chambers atau mungkin boleh kita sebut sebagai bilik steril bergerak ini direka oleh Insitute of Occupational Health and Environment dengan kerjasama Hanoi University of Science and Technology.

Portable Full Body Disinfection Chamber Appears In Hanoi Picture 12 H23Diambd

Menurut laporan TipsMake, sistem ini direka berdasarkan kefahaman prinsip penggunaan larutan garam terionisasi (ionized saline solution) dalam bentuk semburan ke seluruh badan berupaya mematikan semua kuman di permukaan badan manusia.

Justeru, semua larutan disinfectant ini dihasilkan khusus bagi tujuan tersebut dengan memastikan ia selamat dan tidak akan menjejaskan kawasan kulit sensitif.

Jadi bagaimana ia berfungsi? Seorang individu hanya perlu masuk ke dalam bilik atau ruang kecil tersebut dan berdiri sementara seluruh badan mereka disembur oleh cecair khas tersebut.

Portable Full Body Disinfection Chamber Appears In Hanoi Picture 10 I8Pemtthx

Portable Full Body Disinfection Chamber Appears In Hanoi Picture 2 L4Gfotj8W

Difahamkan, proses tersebut hanya mengambil masa sekitar 15 ke 20 saat dan ia boleh menampung kapasiti 1000 individu setiap hari. Dan hasil kajian mendapati, lebih 90% bakteria dan virus di permukaan badan dan pakaian berjaya dihapuskan selepas melalui semburan tersebut.

Malah, bilik khas itu turut direka agar ia boleh dibuka dan dipasang semula di lokasi-lokasi lain yang menjadi tumpuan orang ramai.

Setakat ini, ia telah mula diletakkan di beberapa kawasan khas seperti di pintu masuk klinik kesihatan, pusat rawatan dan sekolah-sekolah di sekitar Hanoi sejak Februari lalu.

 

Baca: Lelaki Kongsi Cara Buat Hand Sanitizer Sendiri, Senang Je Rupanya!

Untitled Collage 62

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.