Bermula sejak minggu lepas, rakyat Malaysia telah diberi kebenaran untuk merakam dan ambil gambar semasa menerima suntikan vaksin.
Perkara ini disahkan oleh Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Khairy Jamaludin, dan disambut baik oleh rakyat Malaysia kerana boleh jadi bukti jika berlaku sebarang permasalahan seperti yang terjadi sebelum-sebelum ini.
Petugas lupa nak tekan syringe?
Namun baru-baru ini, tular lagi sebuah video yang menunjukkan petugas di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) didakwa ‘cuai’ dalam melakukan proses vaksinasi.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang wanita dikenali Maria, di mana dia sempat merakamkan syringe yang dicucuk tapi tak ditekan oleh petugas berkenaan.
Maria yang menerima suntikan vaksin di PPV PWTC, memuat naik video kejadian di akaun TikToknya dan kelihatan bahawa kandungan vaksin tersebut masih penuh walaupun jarum dah dicucuk pada lengannya.
@mariadiyanah This thing happened to me today @ PWTC,KL 🤬 #cucukmyaz #2nddose #vaccinated #fypシ
Petugas ‘tak perasan’
Menerusi luahan di laman Instagramnya pula, Maria mula sedar dengan kejadian yang berlaku pada jam 9.30 pagi berkenaan, dan terus buat laporan pada pihak sepatutnya lalu mujur dia diberi suntikan semula.
Bila ditunjukkan bukti video dirakam, petugas tersebut katakan bahawa dia ‘tak perasan’ dengan perkara tersebut. Walau bagaimanapun, Maria tidak berpuas hati dengan alasan diberikan oleh petugas berkenaan.
Di akhir perkongsian dia turut mengingatkan kepada semua, untuk rakam ketika proses vaksinasi dilakukan supaya perkara menimpa dirinya tidak berlaku kepada yang lain juga.
Mujurlah pihak PPV bagi Maria untuk cucuk vaksin balik. Harap kes-kes macam ni tak terjadi lagi nanti-nanti.