in

“Video tu lakonan semula” – Tular Channel Telegram Didakwa ‘Pertahan’ Bainun, Dedah Info Dalam Mahkamah

Kes Telegram Bainun Bella

Hari demi hari, pelbagai isu panas telah dibongkarkan menerusi perbicaraan kes yang melibatkan remaja OKU, Bella yang didakwa telah diabaikan dan dianiaya oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Isu-isu ini kemudian telah menjadi perbualan hangat netizen apabila isi kandungan mahkamah tersebut didedahkan ke media sosial sama ada oleh netizen yang ke mahkamah sendiri atau peguam yang didakwa mewakili kes tersebut.

Siti Bainun Re

 

Muncul ‘channel’ Telegram pertahan Bainun?

Pun begitu, Instagram Jabatan Netizen Negara baru-baru ini mendedahkan bahawa muncul pula sebuah channel Telegram yang dikatakan telah digunakan sebagai medium untuk mempertahankan OKT, Siti Bainun.

Channel yang dinamakan ‘Bainun & Bella Story’ ini katanya telah mendedahkan perkara yang dibicarakan mahkamah, termasuklah satu posting yang mengatakan video sedih saat Bella pertama kali ditemui individu yang dipanggil ‘Mommy’ itu sebagai lakonan semata-mata. Eh biar betul ni? 

Mudahnya netizen dipermainkan dengan content sedih video lakonan semula,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/CcmPDQxJKoF/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Gigit

Sehingga setakat ini, channel Telegram tersebut mempunyai lebih 15,000 followers dan bahagian komen di channel berkenaan juga tidak dibenarkan selepas menerima pelbagai kecaman.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada semua informasi yang diutarakan di dalam Telegram tersebut adalah benar.

Dalam pada itu, Hakim Izalizam Sanusi dalam sesi perbicaraan semalam telah memberi amaran supaya netizen tidak berlebihan dalam memberi komen mengenai isu ini dan mengingatkan bahawa undang-undang boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang melampaui batas.

Untuk baca lebih lanjut mengenai hal ini, korang baca artikel kat bawah… 

Baca: “Jangan melampau” – Hakim Beri Amaran, Minta Netizen Tak Lebih-lebih Komen Kes Bella

Collage 49

Sumber: Instagram