in

[VIDEO] “Sedih” – Ibu Tak Dapat Tengok Anak Lepas Kena Buat Pembedahan Czer Kecemasan Kerana Disyaki Hidap Coronavirus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan apa perasaan ibu ni bila dia dah mengandung berbulan-bulan, tiba-tiba dia tak dapat pun nak pegang anak yang dikandungnya itu.


Ini apa yang berlaku pada seorang wanita berusia 27 tahun dari Hubei ini yang disyaki terkena jangkitan Coronavirus awal bulan ini lapor The Jerusalem Post.

Kerana keadaan kesihatan ibu ini makin merosot dan bayi dalam kandungan meletakkan tekanan yang tinggi padanya hingga membuatkan wanita ini tak dapat menerima rawatan untuk penyakitnya, doktor terpaksa mengeluarkan bayinya melalui teknik pembedahan ceasarean.

Doktor yang menjalankan pembedahan ini, Zhao Yin berkata, dia terpaksa memakai dua lapis sut pelindungan, topeng muka dan goggle semasa pembedahan selama satu jam ini dijalankan.

Menurut doktor ini lagi, pembedahan tersebut sangat berbahaya kerana ibu tersebut mengalami demam panas dan batuk tanpa henti sementara doktor-doktor dan staf keselamatan di sana terdedah dengan jangkitan coronavirus.

Penglihatan dan pendengaran saya terbatas serta badan saya lencun dengan peluh.”

https://twitter.com/globaltimesnews/status/1221252991300227072?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1221252991300227072&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2020%2F01%2F28%2Fvideo-ibu-hamil-disyaki-koronavirus-di-wuhan-akhirnya-selamat-lahirkan-anak%2F

Walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan, bayi lelaki seberat 3.1kg ini berjaya dilahirkan dan cepat-cepat dibawa keluar dan dihantar pulang ke rumah bagi mengelakkan dia dari terdedah dengan jangkitan virus tersebut.

Bagi ibu yang hanya dikenali sebagai Xiaoyin ini pula, dia hanya mahukan anaknya lahir dengan sihat manakala dia masih belum disahkan mengidap coronavirus.

Hopefully ibu ni dapat baik semula dan tengok anaknya.

 

Baca: “Doakan kami” – Doktor Sg Buloh Minta Doa Keselamatan Staff Kesihatan Rawat Pesakit Coronavirus Dari Wuhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.