in

[VIDEO] Petah Cakap Bahasa Melayu, Duta Amerika Syarikat Ke Malaysia Ini Curi Perhatian Ramai

Fi Db

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika ini, kita semua sedar  bahawa kes penularan wabak Covid-19 masih belum dapat dikawal di Malaysia. Maka dengan itu, kerajaan telah mengumumkan total lockdown dan hanya beberapa sektor sahaja dibenarkan beroperasi.


 

Amerika Syarikat hantar bantuan 

Terbaru, oleh kerana kes di negara ini dilihat dalam tahap yang serius, kedutaan Amerika Syarikat  telah menghantarkan bantuan tambahan untuk digunakan di Malaysia.

Menerusi perkongsian video oleh kedutaan Amerika Syarikat di Facebook, Duta Besar A.S ke Malaysia Brian D. McFeeters, menzahirkan niat untuk memberi bantuan kepada Malaysia bagi membendung penularan Covid-19 ini. Antara barangan yang diberi adalah sut PPE, pelitup muka, dan cecair sanitasi.

Db 1

 

Duta Besar A.S fasih cakap bahasa Melayu

Namun apa yang menarik perhatian ramai daripada video itu, kepetahan Brian dalam bertutur bahasa Melayu sepanjang mengumumkan bantuan tersebut menjadi bualan ramai. Ia nya wajar dipuji kerana boleh dilihat dia langsung tidak teragak-agak semasa bertutur bahasa Melayu.

 

Rata-rata netizen Malaysia yang melihat video tersebut merasa kagum dengan kefasihan Brian. Di samping itu, ramai yang turut mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kedutaan Amerika Syarikat terhadap situasi di Malaysia.

Reak Db 1 Edit

Reak Db 2 Edit

Sebagai rekod, Brian baru saja mula berkhidmat di Malaysia pada Mac 2021 dan beliau sebelum ini pernah bertugas sebagai diplomat di beberapa negara Asia seperti Indonesia, Iraq dan Korea Selatan.

Min yang dengar dia cakap ni pun rasa bangga bila orang luar guna bahasa kita. Mantap!

Sumber : Facebook

 

Baca : “Lembut je cara bercakap” – Dua Beradik Bangsa Nigeria Fasih Berbahasa Melayu Buat Netizen Tersengih

Foot Db

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.