in

[VIDEO] Nabila Razali ‘Cover’ Lagu Indonesia, Netizen Puji Suara Makin ‘Improve’

Untitled Design 2022 08 03T110300.883

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nabila Razali bukanlah nama yang asing dalam industri hiburan tanah air, dia merupakan seorang penyanyi yang memulakan kerjayanya sebagai salah seorang peserta rancangan realiti nyanyian, Akademi Fantasia dan mempunyai chart topping hits seperti Pematah Hati dan Peluang Kedua.



Tidak kurang dengan itu, dia juga pernah mencuba nasib dalam bidang lakonan melalui drama bersiri Hikayat Cinta Si Pematah hati dan Pesan Pada Hati.

Sebelum ini, nama Nabila Razali sering menjadi sebutan apabila dia sering ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagunya secara live.

Pun begitu, baru-baru ini videonya menyanyikan cover sebuah lagu yang kini trending, nyanyian Keisya Levronka berjudul Tak Ingin Usai dengan begitu baik sekali.

@nabila.razalii

Lama dah Bella tak buat cover but this is such a beautiful song 💖 I had to do it. Big thanks to hensem guitarist @anwaramzah & my bro @justin_mfmf Enjoy! 😉 @universalmusic_my #TakInginUsai #TakInginUsaiCoverChallenge #MusicOnTrend

♬ Tak Ingin Usai – Instrumental – Keisya Levronka

 

Walaupun Nabila Razali sebelum ini selalu mendapat kritikan terhadap vokalnya, namun video pendek itu memberikan tanggapan yang berbeza tentang penyanyi muda itu.

Video cover itu semestinya mendapat perhatian netizen, ramai yang mengakui lagu tersebut sangat sesuai dengan suaranya malah, tidak kurang juga yang memuji suaranya semakin matang dan improve dengan banyak.

Nr

Tak boleh nafikan, memang sedap! 

Baca: Sempat Lagi Ucap ‘Happy New Year’ Walaupun Terjatuh, Nabila Razali Kongsi Cara Dirinya Sambut Tahun Baru

F3 Nr Jt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.