[VIDEO] Geli! Tengok Cara Pekerja Mamak Ni Uli Roti Canai

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau pergi kedai mamak, tak sah lah kalau tak pekena teh tarik dengan roti canai. Bila dah nama rakyat Malaysia tu, malam pun kita boleh selera lagi nak makan roti canai, betul tak? Tapi lepas ni sure korang akan fikir dua tiga kali kalau nak order roti canai.

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang lelaki dikenali sebagai Shazwan memuat naik satu video di Facebook yang katanya diperolehi daripada group Whatsapp.

Sumber: Facebook

Perkongsian video berdurasi 26 saat tu menunjukkan kelakuan seorang lelaki dipercayai pekerja restoran mamak ketika sedang menguli roti canai. Video pendek tersebut dirakam dari dalam sebuah kereta yang parking kat luar restoran mamak tersebut.

Pada awalnya video tu tunjuk dua orang pekerja sedang menyediakaan doh roti canai dan salah seorang daripada mereka tak pakai baju! Gelinya! Tak cukup dengan tu, pekerja tersebut siap garu-garu badan dia dengan tangan lepas tu selamba je sambung uli roti canai dengan tangan yang sama. Eww!

Sumber: Facebook

Rata-rata yang tengok video tu rasa geli tekak dan macam dah trauma nak makan roti canai lepas ni. Ada jugak yang cakap isu kebersihan macam ni lah buat dia jadi tak suka nak makan makanan kat kedai mamak.

Sumber: Facebook

Tak kurang jugak yang saja nak mengusik dan cakap mungkin itu lah rahsianya kenapa roti canai mamak ni sedap sangat dah cukup segala rasa masin-masin. Guna resepi istimewa lah katakan. Eh korang ni, macam-macam tau!

Sumber: Facebook

Tapi dalam banyak-banyak ni ada satu komen buat admin tertarik. Seorang individu ni berkongsi yang dia dah lama boikot kedai mamak tu sebab dulu dia pernah nampak pelayan kat restoran tu buat perkara yang tak senonoh jugak. Lepas ni admin tak makan luar dah kot kalau macam ni…

Sumber: Facebook

Loya pulak tekak admin ni sebab baru je pekena roti canai breakfast pagi tadi. Korang ada pernah nampak kes macam ni kat restoran lain? Share sikit kat ruangan komen.

Tonton cara pekerja kedai tu uli roti canai kat sini:

Sumber: Facebook

Baca: Macam Ni Pun Boleh Buka Restoran?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.