in

“Pengunjung datang kena carut” – Pihak Zoo Terpaksa Asingkan 5 Burung Kakak Tua Sebab Terlalu Banyak Mencarut!

Parrot Carut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak pengurusan Taman Hidupan Liar Lincolnshire, Friskney, di UK terpaksa mengasingkan lima ekor burung kakak tua yang berada di sana.


Menurut laporan, haiwan itu terpaksa diasingkan semula kerana suka mencarut sesama mereka dan lebih teruk, kepada pengunjung taman tersebut selepas dikeluarkan dari kuarantin.

Parrot1

Ketua Pegawai Eksekutif Taman Hidupan Liar Lincolnshire, Steve Nichols berkata kesemua burung kakak tua itu baka Afrika dan telah diterima oleh pihaknya pada 15 Ogos lepas dan dikuarantinkan.

Malangnya, dalam tempoh kuarantin tersebut, burung-burung itu dikatakan menggunakan masa terluang untuk ‘mengajar’ sesama mereka bahasa-bahasa kesat.

“Tingkah laku burung ini membuatkan kakitangan taman tidak keruan dan tindakan segera perlu diambil apabila burung kakaktua itu mula menghamburkan kata-kata kurang sopan kepada pengunjung kami.”

“Mereka semakin galak mencarut sekiranya pengunjung tertawa dengan tingkah laku biadab itu. Ia umpama kita melihat sekumpulan ahli ‘kelab lelaki tua’ berkumpul.”

P1 1

Parrot4

Sebelum ini burung itu pernah dipamerkan kepada pengunjung selama 20 minit dan mereka telah menghemburkan kata-kata kesat. Hal itu membuatkan pihak pengurusan bimbang akan kesan buruk terhadap kanak-kanak yang mendengarnya.

“Walaupun kami rasa perbuatan itu menggembirakan pengunjung, pada masa sama kami bimbang kesan buruknya kepada pengunjung dalam kalangan kanak-kanak.”

Menurut Nicholas lagi, burung kakak tua itu semua kini diletakkan di dalam sangkar yang terpisah bagi mengelakkan mereka saling mencarut dan berperangai lebih baik di masa akan datang.

Parrot3

Baca: [Video] Biadap! Tourist Bagi Rusa Makan Facemask, Tak Peduli Walau Staff Zoo Dah Larang

Rusa3

Sumber: Blog
Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.