in

“Tu rezeki Allah, Allah suruh bagi dekat awak” – Amar Asyraf Menangis, Zizan Borong Baju & Sambal RM1000

Ft Zizan Borong Barang Amar Asyraf 1K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Golongan artis antara yang terkesan sejak pandemik Covid-19 melanda negara kita dan ramai di antara mereka yang memikirkan inisiatif lain untuk mencari rezeki memandangkan aktiviti pengambaran tidak dibenarkan.


Tidak terkecuali, pelakon drama Amar Asyraf yang turut mencari rezeki dengan berniaga di platform media sosial peribadinya. Amar akan menggunakan IG live untuk mempromosikan sambal dan baju yang dijualnya.

Terbaru, melalui posting Instagram peribadinya, Amar mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan artis seperti Zizan Razak, Johan Asari dan Zahiril Adzim yang membantunya dengan membeli barang jualan.

Ig Post Amar

Turut viral adalah tindakan Zizan yang membuatkan netizen berada sebak kerana pelawak itu telah memborong produk jualan Amar ketika sesi IG Live tersebut. Menerusi sebuah video yang dimuat naik semula di TikTok, Zizan berkata kepada Amar dia akan memberikan RM1000 untuk membeli baju serta sambal.

Amar yang dilihat terkejut dan tidak sangka dengan apa yang dilakukan Zizan itu turut berasa sebak serta menangis semasa live itu. Zizan turut meminta Amar untuk memberikan produk dibelinya kepada orang lain.

Saya masukkan RM1000, bukan saya nak menunjuk. RM500 untuk baju, RM500 lagi awak bagi awak punya sambal.”

Tu bukan duit saya, tu duit Allah. Tu rezeki Allah, Allah suruh bagi dekat awak.”

Ramai netizen yang menonton video tersebut di TikTok akui berasa sebak dengan apa yang dilakukan Zizan kepada rakan artis yang terkesan ketika pandemik seperti Amar. Mereka memuji Zizan yang berkongsi rezeki serta ramai yang turut mendoakannya agar pelawak itu dimurahkan rezeki.

Baca: “Perlu pakai bantuan oksigen” – Paras Oksigen Menurun, Eina Azman Mohon Doakan Suami Dijangkiti Covid-19

Collage 4 E1630568950674

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.