in

‘Kejayaan kami kerana Najib’ – Tony Fernandes

Fernando

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah dekat-dekat PRU14 ni makin banyak rakaman dan kenyataan tular di media sosial yang menarik perhatian netizen. Namun satu video baru yang muncul di media sosial daripada Tony Fernandes ni telah mengundang kontroversi dan buah mulut netizen di luar sana.


Tony gesa rakyat buat pilihan bijak

Klip video yang dimuat naik akaun Youtube NegaraKru ni telah mendapat hanya 184 likes dan 640 dislikes (buat masa sekarang) rata-rata disebabkan mesej yang disampaikan Tony selaku CEO Air Asia. Menurut Tony dalam video tersebut, dia menggesa orang ramai untuk membuat ‘pilihan bijak’ pada Rabu ni sambil ceritakan pengalamannya uruskan Air Asia dengan sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

https://www.youtube.com/watch?v=tAy6GwMV-5E&feature=youtu.be

“Saya mulakan perniagaan saya dengan hanya 2 buah pesawat ketika seluruh dunia mempersoalkan kami. Dalam tempoh 10 tahun, kami lihat kerajaan membantu dan memberi kami peluang untuk menjadikan kami sebagai salah satu daripada jenama antarabangsa yang terbesar di dunia,” kata Tony.

Dasar Najib dahulukan rakyat jadikan Air Asia berjaya

Kata Tony lagi, disebabkan dasar PM Najib ‘mendahulukan rakyat’ lah yang jadi sebab kepada kejayaan Air Asia sekarang yang kini mempunyai lebih 89 juta penumpang berbanding 200,000 saja pada masa dulu.

Saya percaya Perdana Menteri telah mendahulukan rakyat dan membenarkan AirAsia untuk berkembang walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak,” tambah Tony.

Prime Minister Officiates Airasia Langkawi Shenzhen Route
sumber: air asia

Akhir rakaman tu, Tony mengajak rakyat Malaysia beramai-ramai mengundi berdasarkan fakta dan bukannya disebabkan berita yang kita tak pasti kebenarannya.

“Dan kisah Air Asia adalah satu fakta. Jadi undilah dengan bijak dan kita berjumpa pada 10 Mei di Air Asia,” kata Tony.

Netizen minta Tony jangan campur aduk politik dan bisnes

Meskipun saluran Youtube NegaraKru tutup ruang komen, tapi komen di Facebook selepas video ni viral boleh tahan pedas jugak. Kebanyakannya mengecam Tony kerana campur adukkan bisnes dengan politik serta tidak mengenang jasa penumpangnya sebelum ni.

Mr Tony
sumber: facebook

Apa-apapun admin respect dengan pendirian Tony dan siapa yang dia nak sokong pada PRU14 kali ni. Kalau korang tak setuju, jangan marah-marah. Just buktikan je pada 9 Mei ini. Itulah tarikh penentu masa depan negara kita.

Apa pendapat korang tentang video Tony Fernandes ni? Kongsikan ia dengan kami! 

Baca: CEO Air Asia Dipuji Netizen Kerana Tidak Lokek Bantu Anak Kapal Bersihkan Pesawat 

Tonn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.