in

“Tolong berhenti makan benda pelik” – Tikus Buluh Jadi Kegemaran Rakyat China Sebelum Penularan Covid-19, Rupanya Ni Sebabnya

Feature 2.0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penularan wabak Coronavirus dikaitkan dengan rakyat China yang gemar makan haiwan liar seperti anjing dan kelawar. Siap buat sup lagi kelawar tu. 


Selain itu, tikus buluh juga ada dikaitkan dengan virus itu. Menurut mStar, tikus liar tersebut telah menjadi kegemaran rakyat di sana sebelum pandemik Covid-19 bermula. Dorang memang ternak weh haiwan roden ni untuk dimakan! 

Tikus 1

Rupanya, mereka mempunyai sebab tersendiri kenapa mereka gemarkan tikus jenis ni. Sebelum ini, ada juga tukang masak di sana yang telah menyenaraikan 100 sebab untuk memakan haiwan ini, lapor Daily Mail.

Dalam perubatan tradisional China, dagingnya dipercayai dapat menyahtoksin badan manusia serta membantu perut dan limpa untuk berfungsi dengan baik. Biar betul ni?

Tikus 2

Manfaat tikus buluh kepada kesihatan seseorang telah dijumpai dalam ensiklopedia perubatan China purba Ben Cao Gang Mu. Jadi, makanan ni bukan lah sesuatu yang asing sebab memang dorang makan daging haiwan ni sejak 1,000 tahun lalu. 

Rasa tikus besar yang bersaiz seperti arnab ini dikatakan seperti daging itik. Entahlah, itik pun admin tak pernah makan. 

Selain itu, ada juga artikel yang mengatakan daging roden ini adalah kaya dengan protein. Takpe lah, kita makan ikan je lah sebagai sumber protein. 

Difahamkan, tikus ini menjadi menu popular dalam kalangan rakyat China selepas dua orang pemuda yang dikenali sebagai ‘Hua Nong Brothers’ mula memuatnaik video mereka menternak haiwan tersebut.

Tikus 3

Dalam video terbabit, mereka juga telah berkongsi pelbagai jenis masakan yang boleh dicuba dengan menggunakan daging tikus liar tersebut. Siap share cara sembelih weh!

Namun, buat masa sekarang, penjualan daging terbabit dihentikan seketika berikutan penularan wabak Coronavirus yang dikaitkan dengan penjualan haiwan liar di pasar basah Wuhan.

Tikus 4

Menurut Dr Zhong Nanshan, ahli epidemiologi, tikus buluh juga boleh dikaitkan dengan pandemik itu.

Banyak-banyak makanan dalam dunia ni, haiwan ni jugak yang dorang suka. 

 

Baca: “Belum settle Covid-19, virus lain muncul” – Individu Disahkan Positif & Maut Dalam Bas, Rupanya Hantavirus Dah Lama Wujud!  

Tikus

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.