in

“Takyah seludup, kat Penang belambak” – Lelaki Kantoi Cuba Bawa Masuk Daging Tikus Kering

Collage 19

Nampaknya masih ada orang yang berani dan tak risau langsung nak makan haiwan-haiwan eksotik walaupun novel coronavirus masih menular sehingga hari ini.

Mana taknya, baru-baru ni, seorang lelaki dari Myanmar telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, selepas dia cuba menyeludup masuk daging tikus kering ke Pulau Pinang.

Menurut Awani, lelaki berusia 30-an ini telah ditahan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dengan bantuan Jabatan Kastam Diraja Melaysia di laluan ketibaan antarabangsa malam Ahad lepas.

Pengarah Maqis, Zarina Ramli berkata, daging tikus kering seberat 780 gram ini ditemui di dalam bagasi lelaki ini tanpa dokumen kesihatan sah menunjukkan daging itu bebas dari penyakit dan virus.

Man Gets Caught Smuggling Dried Rat Meat Into Penang Airport Amid Wuhan Coronavirus Fears World Of Buzz 3
Sumber: china press

Ekoran dari penahanan ini, warga Myanmar tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 11 (1) dan Seksyen 11 (3) dan jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sebanyak RM100,000 atau penjara selama 6 tahun.

Berita penahanan ini telah meraih perhatian netizen yang rata-ratanya tengah risau dengan wabak coronavirus yang berpunca dari memakan haiwan eksotik. So, boleh fahamlah bila ramai netizen geram dengan tindakan lelaki Myanmar cuba seludup daging tikus kering ini.

Screenshot 2020 02 11 At 11.03.30 Am Screenshot 2020 02 11 At 11.03.44 Am Screenshot 2020 02 11 At 11.03.59 Am Screenshot 2020 02 11 At 11.04.46 Am Screenshot 2020 02 11 At 11.05.02 Am

Tapi, kalau lelaki Myanmar ni sanggup nak seludup daging tikus, maknanya mestilah ada orang mintak kan? Ha, baik mengaku siapa yang order ni?

 

Baca: “Kebulur ke?” – Lagi Ekstrem Dari China, Pasar Di Indonesia Ini Jual Daging Kelawar, Monyet, Tikus & Macam-macam Lagi!

Screenshot 2020 02 11 At 11.11.24 Am