in

Tinggal Mayat Anak & Rompak Kereta, Polis Sahkan Pasangan Bukan Suami Isteri

collage 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, ramai dikejutkan dengan insiden yang berlaku di Negeri Sembilan di mana pasangan dipercayai suami isteri dikatakan sanggup meninggalkan mayat anak berusia dua tahun di jalan raya.

Memetik laporan dari Kosmo, kejadian ini berlaku apabila pasangan yang menaiki kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback bersama kanak-kanak berusia dua tahun ini telah terbabas dan berpusing beberapa kali selepas cuba memotong sebuah lori.


WhatsApp Image 2022 06 28 at 9.07.23 PM 1 750x562 1

Akibat dari ini, mereka telah tercampak keluar dari kereta tersebut manakala kanak-kanak lelaki tersebut telah tercampak ke tengah jalan raya sebelum digilis oleh kenderaan lain.

Apa yang menyedihkan, pasangan ini telah meninggalkan mayat kanak-kanak tersebut di tengah jalan sebelum mencuri sebuah kenderaan lain yang berhenti untuk memberikan bantuan.

Bukan pasangan suami isteri

Ekoran dari ini, ramai yang tak puas hati dengan tindakan dua individu tersebut lebih-lebih lagi ramai menyangkakan pasangan tersebut merupakan ibu bapa kepada kanak-kanak itu.

Namun begitu, selepas pihak polis berjaya membuat tangkapan ke atas dua individu tidak bertanggungjawab ini, Ketua Polis Daerah Tampin Superitenden Anuwal Ab. Wahab mengesahkan bahawa mereka bukanlah pasangan suami isteri seperti yang disangkakan.

26368ece 2e3a 4f34 8268 cedaa4aaeb01

Untuk pengetahuan korang, hanya wanita tersebut merupakan ibu kandung kepada kanak-kanak malang itu.

Bukan itu sahaja, selepas pemeriksaan dibuat, kedua-dua individu ini turut mengalami rekod jenayah lampau di mana suspek lelaki mempunyai 14 kesalahan narkotik manakala suspek wanita mempunyai satu rekod kesalahan narkotik.

Suspek lelaki telah direman selama empat hari bermula Isnin lalu di Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1985 hingga hari ini (30 Jun), manakala bagi kesalahan mencuri kenderaan pula, reman akan dimohon esok.

“Pasangannya yang juga ibu mangsa hanya dikenakan reman selama sehari bagi membantu siasatan. Kedua-duanya positif dadah dalam ujian urin yang dilaksanakan.”

Siasatan ke atas kenderaan yang dinaiki oleh kedua-dua suspek ini mendapati bahawa mereka memiliki dadah dan ujian air kencing juga menunjukkan kedua-duanya positif dadah. Patutlah beriya nak lari…

Manakala difahamkan, bapa kandung kepada kanak-kanak tersebut telah pun menuntut mayat anaknya dari Hospital Tampin dan selamat dikebumikan, lapor Utusan.

Allahu, tak tahu nak cakap apa…

 

Baca: Ibu Simpan Mayat Anak Lebih Seminggu Hingga Reput Dalam Rumah Kerana Tak Sanggup Berpisah

Screenshot 2022 06 30 at 11.46.50 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.