in

Tikus Dilayan Seperti Raja? Ini 5 Tempat Pelancongan PELIK & GILA Di Seluruh Dunia

Pelik E1618106276437

Disebabkan pandemik Covid-19 ramai yang terpaksa membatalkan hasrat untuk melancong lebih-lebih lagi ke luar negara.

Namun tak salah kan kalau kita ‘menjamu’ mata tempat-tempat percutian menarik yang ada di seluruh dunia.

Kali ini penulis nak belanja tempat-tempat pelancongan yang pelik dan tak masuk akal yang ada di seluruh dunia.

Are you ready guys?!

 

5. Muzium Rambut Avanus, Turkey

Ini bukan muzium biasa sebab ia sebenarnya terletak di dalam gua. Menariknya ratusan tembikar yang dipenuhi dengan gumpalan rambut disusun di dalam gua tersebut.

Avanos Yi

Mula-mula ia hanyalah projek biasa daripada seorang pembuat tembikar Chez Galip, sebelum koleksi rambut bertambah dari hari ke hari.

Chez kemudian membuat keputusan untuk paparkan kesemua koleksinya di dalam gua dan menggelar tempat itu sebagai Muzium Rambut Avanus.

So setiap tembikar yang ada di dalam gua tersebut, disertakan dengan sekeping kertas yang tertulis nama dan alamat pemilik rambut tersebut.

4. The Blarney Stone, Ireland

Korang ada masalah gagap? atau cakap tak lancar? Eloklah datang sini.

Blarney Stone Kiss

Menurut kepercayaan penduduk setempat, sesiapa yang cium batu di Istana Blarney yang terletak di daerah Cork, Ireland ini mereka akan ‘dianugerahkan’ keupayaan untuk bercakap lancar dan yakin.

So akibat kepercayaan itu, lebih 400,000 pengunjung dah datang ke tempat tersebut. Mereka akan dibaringkan, supaya boleh mencium batu istana itu.

3. The Gum Wall, Amerika Syarikat

Destinasi pelancongan no.3 ini agak pelik. Terletak di Market Theater, Washington Amerika Syarikat, sebuah dinding menjadi tumpuan pelancong kerana ianya dipenuhi dengan gula getah.

Mengikut cerita, pada tahun 1993 ada wujud satu trend dimana mereka yang sedang berbaris untuk menonton wayang akan melekatkan gula-gula getah di dinding.

So disini lah ‘bukti’ yang ditinggalkan mereka walaupun telah dibersihkan berulang kali, ia tetap tidak menghentikan tabiat orang ramai untuk melekatkan gula-gula getah di dinding.

Image

Kalau korang nak tau, sehingga kini lebih 50 meter kawasan permukaan dinding di kawasan ini telah dipenuhi gula-gula getah.

 

2. Restroom Cultural Park, Korea Selatan

Tempat ini dibuka untuk orang awam pada 2012 dan selepas itu namanya sentiasa meniti di bibir bibir pengunjung sebab ‘keunikan’ taman ini yang mendedikasikan tandas sebagai subjek utama.Hah?

Taman yang terletak di Bandar Suwon, Korea Selatan ini kalau korang nak tahu dipenuhi dengan pelbagai ukiran orang buang air besar dan air kecil.

Suwon Toilet Park

P014Bqb4

Lebih unik, bangunan taman teman itu sendiri berbentuk seperti mangkuk tandas.

Pada asalnya ia dikatakan untuk memperingati bekas Datuk Bandar, Sim Jae Duck yang dikenali sebagai Mr Toilet.

Jae Duck ini punya obses dengan tandas sehinggakan dia menghias seluruh rumahnya dengan pelbagai barangan dari tandas, oleh kerana dia suka tinggal dalam tandas.

 

1. Kuil Karni Mata, India

Buat penggeli tikus, ini mungkin bukan destinasi pilihan korang untuk dilawati.

Terletak di daerah Deshnok, India, tikus di kuil ini dilayan seperti raja apabila selain menyediakan makan dan minuman untuk mereka, tikus-tikus ini juga dibiarkan membiak di seluruh kuil.

Dianggarkan lebih 20,000 tikus berada di kuil Karni Mata sehingga ini dan ramai yang mengunjungi kuil ini kerana ‘keunikan’ yang ada di kuil ini.

Photo0Jpg

Menurut sumber, penduduk Karni Mata menganggap tikus sebagai haiwan suci dan mempunyai status yang tinggi.

Tapi dalam banyak-banyak tikus, tikus yang berwarna putih yang dianggap paling suci. Dan ini merupakan amalan mereka sejak abad ke-14 lagi.

 

Sumber : kupikupigo

Baca : Pelik Bin Ajaib! Jarak Dua Pulau Ini Hanya 4.8km, Tapi Beza Waktu 21 Jam

Pulau