in

“Tidak ada bukti Tuanku adalah bapa kandung bayi tersebut” – Peguam Sultan Muhammad V

Featured 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kecoh berita Ratu Cantik Moscow, diceraikan dengan talak tiga oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, kini muncul pula ‘dakwaan’ terbaru mengenai status Ismail Leon yang mengejutkan ramai pihak.


Memetik dailymail, peguam kepada Sultan Muhammad V iaitu Koh Tien Hua berkata kepada straits times :

Tiada bukti objektif lagi yang menunjukkan bapa kandung bayi itu”

Kenyataan itu seolah-olah mewujudkan persoalan apakah Sultan Kelantan merupakan bapa kandung kepada bayi tersebut.

Bayi
Sumber: instagram

Namun melihatkan kepada situasi semasa, kemungkinan besar tindakan Koh Tien Hua adalah supaya rakyat tidak mudah membuat kesimpulan berdasarkan gambar-gambar yang dimuatnaik pemilik akaun instagram rihanapetra berkaitan bekas suami dan anaknya.

Dalam posting terbaru di instagram, rihanapetra ada memuat naik 2 gambarnya bersama bayi dengan kapsyen “proud Malaysian blood flows in his vein”. Bagaimanapun setelah admin check, kapsyen tersebut telah dipadamkan.

https://www.instagram.com/p/B0Mohx-CBNh/

Untuk rekod, menurut Koh pasangan tersebut bercerai mengikut undang-undang Islam pada bulan Jun lalu dengan talak tiga di hadapan saksi.

Rihana dimaklumkan mengenai penceraian itu pada 22 Jun melalui peguamnya Alexander Dobrovinsky & Partners of Rusia dan sijil perceraian juga telah diserahkan kepadanya.

Pasangan tersebut berkahwin pada 7 Jun 2018 ketika Sultan Muhammad V merupakan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia.

Malah gambar perkahwinan yang diadakan dengan penuh gilang gemilang di Moscow pada November tahun yang sama juga tersebar sehingga viral di media sosial.

 

Baca : Bukan haritu loving-loving ke- Gempar! Rihana Oksana Dicerai Talak Tiga?

Rihana

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.