in

“The real panah asmara” – Nampak ‘Sweet’ Bersama, Netizen Teruja Lihat Afgan Muncul Dalam TikTok Rossa

Rossa Afgan Panah Asmara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta, Rossa yang bagi admin semakin hari semakin awet muda dan sentiasa jelita!


Pun begitu, sejak akhir-akhir ini sering diperkatakan di media seberang mengenai hubungan rapatnya dengan rakan penyanyi, Afgansyah Reza yang dilihat sangat mesra dan bukan sekadar kawan biasa.

 

Afgan muncul dalam video TikTok Rossa? 

Malah lebih mengejutkan, Rossa yang kini berada di New York telah memuat naik satu video TikTok yang mana Afgan tiba-tiba buat penampilan istimewa di dalamnya. Wahhh! 

Nah korang tengoklah sendiri kat bawah ni:

Video yang mendapat lebih 2.5 juta likes tersebut pada awalnya memaparkan Rossa sedang berjalan-jalan di kota New York sebelum penyanyi ini membuat ‘transition’ video dengan meletakkan kakinya ke lensa kamera.

Kaki kemudian diangkat dan kelihatan wajah Afgan pula muncul di dalam video tersebut di tempat yang sama! Apa yang menariknya ialah Rossa telah menggunakan lagu Afgan ‘Panah Asmara’ di dalam video ini juga.

 

“Sudah kuduga di situ ada Rossa, pasti ada Afgan” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut merasa sangat teruja kerana ramai yang suka melihat pasangan ini bersama-sama.

Malah ada juga yang sempat bertanya sama ada Rossa dan Afgan benar-benar bercinta atau hanya kawan rapat sahaja serta ada juga yang menyuruh mereka berkahwin secepatnya kerana dilihat terlalu serasi bersama. Awww! 

Ship Afgan Rossa

Apa-apapun sehingga kini sama ada Afgan ataupun Rossa tidak mengesahkan mereka sedang bercinta dan hanya mengaku sebagai rakan baik sahaja.

Kalau korang suka lihat dorang bersama, korang doa-doalah mana tahu ada jodoh mereka berdua kan? 

Baca: Netizen Terkesima Lihat Teknik Agnez Mo Nyanyi Lagu ‘Teruskanlah’, Mic Jauh 1 Meter Tapi Suara Tetap Power

Agnez Mo

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.