in

Netizen Terkesima Lihat Teknik Agnez Mo Nyanyi Lagu ‘Teruskanlah’, Mic Jauh 1 Meter Tapi Suara Tetap Power

Agnez Monica Menyanyi Mic Sampai Ke Perut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah lama rasanya kita tidak dengar perkembangan terbaru artis terkenal dari negara seberang, Agnez Monica atau kini lebih dikenali sebagai Agnez Mo.


Dulu Agnez sangat terkenal di Malaysia gara-gara sinetron yang dilakonkannya seperti Ku T’lah Jatuh Cinta dan Jelita. Selain daripada lakonan, Agnez juga seorang penyanyi yang hebat dan telah menyanyikan lagu-lagu hit seperti Teruskanlah dan Matahari.

 

“Teknik nyanyian Mic Patuh SOP” 

Menerusi posting @aemanjauhary_ di Twitter, dia telah berkongsi teknik nyanyi Agnez yang dirasakan sangat hebat dan lain daripada lain.

Dalam video tersebut korang dapat lihat Agnez menyanyikan lagu ‘Teruskanlah’ namun apa yang menarik perhatian adalah jarak antara microphone dan bibirnya yang agak jauh.

Meskipun microphone jauh dari bibir, suara Agnez tidak kedengaran perlahan malah ia lebih power dan merdu!

Pemilik akaun Twitter tersebut juga sempat mengusik, teknik nyanyian dari Agnez ini seakan-akan mengikuti kepatuhan SOP dengan jarak 1 meter antara mic dan bibir.

 

“Aku ingat Jaclyn Victor je dah paling jauh” 

Teknik menarik microphone jauh dari bibir ini mengingatkan netizen juga akan penyanyi Malaysia, Jaclyn Victor yang sering berbuat gaya yang macam tu.

Namun menurut netizen, Jac kalah dengan Agnez nampaknya kerana jarak microphone itu lebih jauh hingga ke paras perut. Amboi netizen teliti sangat ni! 

Komen Nyanyian Agnez

Apa-apapun ramai yang memuji nyanyi Agnez memang hebat dalam persembahan tersebut dan kalau korang nak tengok sampai habis performance tu boleh tengok kat bawah ni.

Suka sangat dengan Agnez ni semenjak zaman Ku T’lah Jatuh Cinta lagi. Semua lagu dia best-best kan? 

Baca: “2 baris saja mampu dinyanyikan” – Tokti Sebak Nyanyi Lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’, Terkenang Arwah Siti Sarah

Ctdk

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.