in

The Isolator! Nampak Menakutkan, Tapi Ia Berfungsi Sebagai Alat Untuk Buat Pemakai Fokus Buat Kerja

Ft Hugo E1655007432766

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan kewujudan pelbagai teknologi pada zaman ini, adalah lebih mudah untuk individu hilang fokus sewaktu cuba untuk melakukan satu-satu pekerjaan.


Bunyi notikasi di telefon pintar, terdengar perbualan rakan-rakan sekerja serta gangguan bunyi-bunyian di luar pejabat menjadi antara beberapa faktor individu mudah terganggu ketika hendak menyiapkan tugasan.

Lebih parah lagi, apabila tengok orang lalu lalang mesti cepat je kepala tu nak toleh kerana tubuh yang berjalan tu. Kadang-kadang tu tak kenal pun!

 

Capture 4 2

Jadi sebab itu pada tahun 1925, seorang pencipta, penulis, dan penerbit majalah, Hugo Gernsback mencipta alat yang dikenali sebagai The Isolator.

Lelaki berdarah Amerika-Luxemborg ini turut dikenali sebagai Bapa Sains Fiksyen kerana hasil-hasil ciptaannya.

 

The Isolator

Dicipta untuk meningkatkan produktiviti, idea asal The Isolator ini dibina menggunakan kayu dan dipercayai dapat menyerap sebanyak 95 peratus bunyi-bunyian dari didengar oleh pemakainya.

Ruangan mata pula hanyalah cukup kecil untuk dilihat oleh penggunanya pada satu-satu masa. Ini bermakna, pengguna helmet ini tidak akan menyedari kehadiran orang lalu-lalang dan mengelakkannya daripada diganggu.

 

Capture 2 1

 

Walaupun helmet ini menyebabkan pemakainya kelihatan aneh dan menakutkan, tapi The Isolator mempunyai satu kelebihan yang dikira agak menarik.

Bagi membolehkan individu bernafas, tangki oksigen disalurkan ke dalam helmet ini, bermakna pemakainya tidak akan dapat menghidu sebarang bau-bauan yang turut menjadi faktor seseorang itu hilang fokus.

 

Capture 3 1

 

Konsep yang tidak tercapai

Menjadi seorang penerbit, idea Gernsback ini dapat diterbitkan dengan sendirinya melalui majalah terbitannya, Science and Invention.

Oleh kerana majalah itu dikeluarkan syarikatnya, dia siapa dapat menghalang penerbitan idea ‘gila’ itu.

Namun, untuk menjadikannya satu realiti bukanlah perkara yang mudah. Sehingga kini, ciptaan Gernsback itu hanyalah satu konsep idea yang tidak pernah direalisasikan.

 

Capture 1 3 2

 

Sungguhpun begitu penciptaan yang pernah dipromosikan oleh Gernsback di dalam majalahnya dikatakan menjadi inspirasi kepada beberapa pencipta moden.

Sebuah syarikat reka bentuk Ukrain, Hochu Rayu dikatakan mengeluarkan prototaip mengenai produk yang kelihatan mempunyai bersamaan dengan idea asal Gernsback.

Namun idea Hochu Rayu kelihatan lebih menarik dengan kewujudan teknologi moden dalam helmet tersebut.

 

Dikenali sebagai Helmfon helmet, alat ini dilengkapi dengan pembesar suara. mikrofon serta tempay khas untuk meletakkan telefon pintar.

Kemudahan yang ada pada Helmfon ini membolehkan pengguna membuat panggilan Skype, selain membolehkan penggunanya menonton filem dan video, serta mengendalikan panggilan telefon.

Capture 4 2

Penambahbaikkan ini menunjukkan yang idea Gernsback ini tidaklah begitu mengarut untuk dilaksanakan.

Mungkin hanya perlu sedikit design yang pelbagai untuk menarik minat pembeli.

Kalau korang sanggup tak beli dan pakai helmet ini di tempat awam bagi mengelakkan sebarang gangguan ketika menyiapkan kerja?

Sumber

Office Inspiration

Interesting Engineering

A Great Disorder

Smith Journal

Baca : “Macam pegang tangan girlfriend” – Jepun Cipta Inovasi Tangan Robot Khusus Untuk Golongan Single

Capture 5 3

Sumber: Daily Mail
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.