in ,

“Thanks Twitter I Love You!” -Gadis ini Akhirnya Berjaya Jejak 2 Orang Jejaka ‘Photobomb’ Gambarnya 7 Bulan Lepas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang tempoh PKP ni rata-rata netizen tidak tahu nak buat aktiviti apa-apa banyak menghabiskan masa dengan handphone.


Ada sesetengah mereka akan membelek gambar-gambar lama untuk mengimbas kenangan.

Macam yang berlaku ke atas seorang gadis ini, ketika dia sedang sedang membelek-belek koleksi 2,000 keping gambar miliknya, matanya tertumpu pada salah satu gambar.

Gambar itu dakwanya diambil 7 bulan lepas ketika di lobi hotel Miri dan ada 2 budak lelaki photobomb’ gambarnya, lapor Mstar.

Gadis yang bernama Aishah Najihah Anaty Abdul Latif  berumur 17 tahun itu kemudian meminta warga twitter untuk menolongnya mencari 2 budak lelaki tersebut.

Posting yang dibuat ahad lalu akhirnya berjaya mengesan 2 jejaka yang ‘photobomb’  gambar miliknya.

Dikatakan 2 orang jejaka itu adalah adik beradik, dia telah berkenalan dengan salah sorang dari mereka yang bernama Kirin.

Sebelum ini baginya gambar ‘photobomb’ hanya penyemak galeri handphone tapi kali ini ia membantu dalam mencari seorang kawan.

Dulu ingat photobomb ni hanya menyemakkan gambar je. Tapi tak sangka boleh jadi sesuatu yang menyeronokkan sampai boleh dibuat kawan”

Cuba korang check gambar lama-lama mana tahu jumpa jodoh?

 

Baca: “Aku nikah kat Istanbul gais” – Netizen Perli Kaw-kaw Bila ‘Orang Luar’ Ingat Masjid Shah Alam Tu Masjid Biru Di Turki

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.