“Thank you, legend!” – Bruce Willis Bersara Dari Dunia Lakonan Kerana Masalah Kesihatan

Buat peminat filem aksi Hollywood, nama Bruce Willis bukanlah nama yang asing, beliau telah membintangi lebih 80 filem sepanjang kariernya yang bermula daripada tahun 80-an.
Siri filem Die Hard antara yang paling diminati dan ia merupakan antara filem aksi ikonik yang pernah dibintanginya.
Setiap yang bermula pasti ada akhirnya
Bagaimanapun, semalam sebuah berita sedih telah diumumkan oleh anak bintang Hollywood itu, Rumer Willis dimana bapanya mengalami kondisi kesihatan yang menjejaskan kebolehan kognitifnya dan akan mengundurkan diri dari dunia lakonan.
Dalam posting Instagram anak perempuannya itu Rumer memuat naik gambar bapanya dengan kapsyen:
“Kepada penyokong Bruce yang luar biasa, sebagai sebuah keluarga kami ingin berkongsi bahawa Bruce kesayangan kami telah mengalami beberapa masalah kesihatan dan baru-baru ini didiagnosis dengan afasia, yang memberi kesan kepada kebolehan kognitifnya.
Akibat daripada ini dengan banyak pertimbangan Bruce melangkah meninggalkan kerjaya yang sangat bermakna baginya
Ini adalah masa yang sangat mencabar untuk keluarga kami dan kami sangat menghargai kasih sayang, belas kasihan dan sokongan berterusan anda.”
Apakah aphasia ?
Menurut Mayo Clinic, aphasia adalah “keadaan yang merampas keupayaan anda untuk berkomunikasi” , difahamkan penyakit itu boleh disebabkan oleh strok, kecederaan kepala, tumor otak atau penyakit.
Sebelum ini, terdapat beberapa khabar angin mengenai masalah kesihatan aktor tersebut sekitar tiga tahun lalu selepas krew filem melaporkan beliau mempunyai masalah mengingati dialog dan memerlukan bantuan alat pendengaran.
“Yippie-Kai-Yay”
Baca: 4 Individu Terkenal Yang Mulakan Kerjaya Sebagai Atlet Sebelum Jadi Pelakon Hollywood




