in

Terkini: Peniaga TAK BOLEH Halang atau Halau Kalau Customer Tak Nak Pakai Mask

Pjimage 2020 05 08T144923.543 768X404 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak PKPB diumumkan ini, beberapa kelonggaran telah diberikan untuk rakyat Malaysia bertujuan untuk memudahkan urusan seharian seperti kebanyakan perniagaan dah pun boleh mula beroperasi seperti biasa dengan bersyarat.


Ini termasuklah pusat beli belah yang kini boleh dibuka semula. Seperti dah menjadi rutin normal sekarang ni, bila nak keluar rumah, kita akan pakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga.

Kerana ini, kalau ada orang yang keluar tanpa topeng muka, dorang akan dipandang sinis atau ada juga yang dimarah atau dihalau pulang.

2020 01 31T121158Z 1917971118 Rc20Re9Be5Kf Rtrmadp 3 China Health Malaysia

Sebentar tadi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri ditanya oleh wartawan ketika sidang media sama ada peniaga ada hak atau tak untuk menghalang pelanggan yang tak memakai topeng muka dari masuk ke dalam kedai.

DS Ismail Sabri menjawab, mengikut SOP asal, memakai topeng muka BUKAN benda yang wajib tapi hanya digalakkan bagi menghalang virus dari tersebar.

Sebaliknya, mungkin peniaga boleh menjual topeng muka di pintu masuk bagi menggalakkan pelanggan untuk pakai topeng untuk keselamatan diri.”

Tapi, kalau boleh pakai je lah ya, kita pun tak tahu apa ada dekat luar sana.

 

Baca: [TERKINI] 39 Kes Baru, 74 Kes Pulih & Tiada Kematian Dilaporkan Hari Ini

660741

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.